Baca yang ni dulu...

Saturday, April 9, 2011

Ukhwah


Hari ni tamat sudah program keusahawanan FPQS,selama dua hari ia berlangsung bermula 6-7april,bertempat di pusat kemudahan pelajar.Pelbagai gelagat dikalangan sahabat-sahabat yang meniaga dapat dilihat,ianya semata -mata untuk mendapatkan perhatian daripada pengunjung untuk membeli barangan jualan digerai masing-masing.Majoriti barangan jualan berupa makanan dan minuman,tapi ada jugak gerai yang menjual barangan wanita seperti tudung dan sewaktu dengannya,tak terkecuali group saya yang memberi servis basuh kereta dan motor disamping menjual air tembikai dan air jambu.Satu pengalaman baru,fuhh….penat tapi best!Alhamdulillah,ramailah jugak yang datang mendapatkan servis kami,mungkin kerana murah kot caj yang dikenakan,kereta RM6, kalau tambah vacum dalam RM8,kalau motor RM3,murah tuu…Kami dianggotai 7 orang ahli,2orang yang jual air dan 5orang servis membasuh kereta dan motor.(matlamat kami adalah untuk mencari pengalaman disamping cuba memberi khidmat kepada semua)

_________________________________________________________________________

Perkara pertama yang dapat saya simpulkan dalam program ini ialah,ianya bagus kerana dapat menguatkan ukhwah antara kami semua,sungguh~ apabila kita bersama-sama duduk bercakap,berkongsi dan bekerja dalam satu jemaah atau kumpulan ,kita akan dapat merasai kemanisan ukhwah,merasai kepahitan dan kesusahan bersama-sama,dalam kelompok dan bilangan yang ramai kita akan menjadi satu, dibawah payung memahami dan menghormati antara satu sama lain dan yang terlebih utama ialah dibawah bumbung ISLAM.Pada masa sekarang,ukhwahlah yang perlu kita baiki kembali,kerana, apa yang kita tahu, berapa ramai ummat Islam ditindas tapi kita bagaikan endah tak endah dan merasai keperitan dan penderitaan mereka lantaran ceteknya perasaan mahabbah dah ukhuwah Islamiyyah sesama saudara seIslam.Apa yang berlaku diPalestin?Afghanistan?Iraq?dan Negara Islam yang ditindas oleh rejim kafir laknatullah,mereka disiksa dengan kejam,nilai kemanusiaan tiada lagi,anak-anak dibunuh,golongan ayah dan pemuda-pemuda dipenjara,ditelanjangi maruah mereka,masalah kebuluran akibat daripada sekatan untuk mendapatkan bekalan makanan,kebenaran dikambus rapi oleh media-media massa,pembohongan dan penipuan melata tanpa disedari oleh kita,masyarakat bagaikan lembu yang diikat hidung,ditambat leher, boleh diheret kemana saja,masyarakat menerima tanpa menyelidik kesahihan berita,dunia apakah ini??kebaikan dikalahkan oleh kejahatan,pemerintah-pemerintah yang mengaku beragama Islam diam membisu,bagaikan memberi lampu hijau kepada kafir laknatullah,tidak berusaha mengambil inisiatif untuk menolong,atau apakah mereka telah disuap dengan kemewahan yang sementara??sama-sama kita mohon agar kita tak termasuk daripada golongan yang bersikap sedemikian.

Setiap daripada kita perlu memainkan peranan masing-masing,sampaikan kebenaran kepada semua,menggerakkan dan membina ukhwah atas dasar kerana Allah,buang segala sifat pentingkan diri- sendiri,fitnah-memfitnah antara kita,elakkan perasaan buruk sangka terhadap teman-teman,baiki diri dengan menghiasi sifat-sifat Rasulullah saw.setiap langkahan kaki,setiap kerlipan mata, dan jangan lupa selepas solat panjatkan doa buat saudara-saudara seISLAM yang teraniaya.Semuanya bermula dengan diri kita,InsyaALLAH ISLAM pasti akan kembali pada tempatnya(tiada yang lebih tinggi kedudukan melainkan ISLAM),dan seterusnya memancarkan cahaya kebaikan ke pelusuk dunia maka dengan itu terhapuslah gelapnya kejahatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...