Baca yang ni dulu...

Thursday, February 10, 2011


KEPASTIAN ITU

MENANTI SEBUAH KEPASTIAN,

KEPASTIAN YANG KIAN MENGHILANG,

DARI TUNDUK KUDONGAK,

MENGHARAP PENUH PENGHARAPAN,

LEMBARAN SEJARAH KUBUKAK KUAMATI,

KUSUT KEDUT KURATAKAN,

OKSIGEN YANG NYAMAN KUHIRUP TENANG,

KARBON DIOKSIDA YANG BERSARANG KUHEMBUS PERLAHAN,

CATITAN TARIKH KUNOTAKAN,

SEBAGAI PEDOMAN UNTUK RUJUKAN,

LANGIT KUPANDANG,

SARAT DENGAN KETAKJUBAN,

INILAH DIA CIPTAAN TUHAN ,

TUHAN PENJAGA SEKELIAN ALAM.


26/01/2011

10.15 AM


SAAT ITU….~~


Saat itu sungguh indah,

Air mata mengalir perlahan,

Sujud membuatkan hatiku kembali bercahaya,

Menghapuskan bintik-bintik hitam kelmarin.

Bertimpuh diatas sejadah usang,

Butiran tasbih kuratib dengan kalimah suci,

Memahami makna-maknanya dengan hati yang tunduk & ikhlas,

Hatiku bergetar mengharap pengampunanMU,

Sesekali angin dingin menghembus perlahan menyapa wajah,

Kedinginan air wuduk dimuka terasa menyerap kedalam liang roma ,

Saat itu aku terasa sangat kerdil dalam pemerhatianMU yang maha segalanya.

09/02/2011

9:47pm

Wednesday, February 2, 2011

Sedar hakikat hidup


Dunia sungguh kejam,

Dunia kehidupan tanpa garis sempadan,

Manusia tertipu tanpa menghiraukan syariatNYA,

Kehidupan ini bukanlah suatu kehidupan sebenar,

Ia merupakan pentas sementara untuk kesana,

Bukti telah nyata,

Datuk, nenek, saudara,rakan kita telah pergi buat selamanya,

Bukankah dulu mereka pernah makan bersama kita,tawa hilai,berkongsi cerita, Itukan bukti nyata kepada kita??

Sama-sama kita renung,

Kita bakal menyusul mereka,

Tak sedarkah?

Setiap yang awal pasti akan ada akhir,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian,

Hembusan terakhir itu kita tak tahu bila saatnya,

Kita menuju kepadanya,

Sudah jauh masa yang lalu kita tinggalkan,

Kita menuju destinasi sebenar,

Cuma tak diketahui masanya ,

Pangkat,darjat dan wang berguna??

Ye, diperlukan untuk hidup didunia,

Tapi,bukan itu matlamat sebenar,dunia ini sementara,

Sementara bagaikan mimpi,

Kita mungkin boleh jadi raja,

Kita mungkin ada kereta mewah ,rumah banglo,isteri yang cantik,

Pekerjaan yang dipandang tinggi disisi manusia,gaji yang lumayan,

Tapi,bagaimana jika semua itu Cuma dalam mimpi,

Mimpi tak selamanya…

Kita ada kehidupan sebenar!bukan wang,pangkat dan darjat lagi diperlukan,

Bukan semua tu,

Tapi TAQWA,

Pernah kita Tanya diri kita apa itu taqwa?

Jangan kerana dunia kita lupa akan akhirat,

Bersusah payah mencari harta sehingga lalai akan tanggungjawab sebagai hambaNYA.

p/s: Sesungguhnya pesanan dan peringatan amat berguna bagi mereka yang mahu berfikir

Sunnah orang berjuang


Berjuang menempah susah

Menanggung derita menongkah fitnah

Itulah gelombang hidup samudera duka

Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana

Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah

Namun jiwa tetap mara menuju cita

Membara demi Allah dan RasulNya

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti...

Penat resah silih berganti

Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu

Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah berjuang

Ke jalan Allah

Berjuang memang pahit

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerana kebenaran

Antara dua jadi pilihan

Dunia yang fana atau syurga

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti

Penat resah silih berganti

Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu

Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerana kebenaran

Antara dua jadi pilihan

Dunia yang fana atau syurga.

Hijjaz : sunnah orang berjuang.

Album : Pelita Hidup 4

p/s : Nafsu merupakan musuh yang mesti kita perangi, sedar ke tak sedar,hakikatnya kita kena SEDAR!!mesti!!!ayuh kita sama2 berjihad menentangnya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...