Baca yang ni dulu...

Saturday, March 26, 2011

fiuhhh~~


Alam semesta menjadi saksi,

Berdirinya hamba yang mengharapkan kemurahan TUAN bagi empunya diri,

Bintang juta berkelip cahaya mewarnai dada langit dalam pekat malam ,

Hati memandang jauh melalui perantaraan mata zahir ,

Penuh kesayuan hembusan sepoi angin sesekali mengelus lembut pipi,

Awan tebal berarak perlahan berusaha menutup rembulan nisfu syahr,

Gerimis embun membasahi dedaun…

Malam…

Walau apa keadaan sekalipun kau pasti akan berlalu pergi,

Begitulah sebagaimana tercatat dalam kertas kerjaNYA,

Semuanya tersusun rapi tak ada yang tertinggal,

Hati mampu melihat sesuatu yang tak mampu mata lihat,

Segala rahsia tersirat dan tersurat,

Pelita yang kecil mampu menerangi kelam malam,

Menyuluh jalan pulang,

Selagi bekalan gasolin tak kering,

InsyaAllah akan sampai ke destinasi yang dituju,

Saturday, March 12, 2011

see....~~
















Renung, perhati dan hayati setiap makhluk ciptaanNYA dengan menggunakan mata hati....mudah-mudahan kita akan temui jawapan bagi setiap persoalan...

p/s : saya suka tengok dan pikir...

Emmm..~~
















لا يـُؤمـن أحـدكـم حـتي يـُحـب لأخـيـه مــا يـُحـبـه لـنـفـسـه
[رواه البخاري:13، ومسلم:45].

Wednesday, March 9, 2011

Ibuku tercinta



Ibuku tercinta,

Sungguh jasamu tak mampu kubalas,

Senyum dan redup matamu meruntun jiwaku,

Belaianmu masih kuterasa,biar pun diri ini jauh dimata,

Tapi tiap saat tiap detik dirimu sentiasa dihatiku,

Dirimu bagaikan pelita menerangi kegelapan malamku,

Yaa Allah,kasihi ibuku,lindungi ibuku,ampunkan dosa ibuku yang kini dan yang terkemudian,

Kasih sayangmu tak mampu dibeli dengan wang permata,

Ibuku tercinta,

Redhailah hidupku,maafkan anakmu ini,

Mungkin ada tersalah silap tanpa disedari,

Malamku dibayangi wajah bersihmu,

Senyumanmu ,

senyuman yang paling indah pada pandanganku,

Mengubat duka lara dihati,

Mendengar ucapanmu,nasihatmu,hatiku tunduk sayu...

Ibuku tercinta,

Anakmu ini mungkin tak mampu memberi kemewahan yang diharapkan,

Tapi ibu,

Selagi hayat dikandung badan,selagi umur diberi peluang untuk berjuang,

Izinkan aku memberi khidmat untukmu,

Khidmat tanda kasihku padamu.

Tuesday, March 8, 2011

Redha..

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sunday, March 6, 2011

cantik...

12 Ubat tenang jiwa

Membaca dan mendengarkan al-Quran.

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: "Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak." Ibnu Mas’ud menjawab: "Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

Menyayangi orang miskin.

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: "Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan."

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas.

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

Menjaga silaturahhim.

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubu ngan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjang kan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah.

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita de ngan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita. 

Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit.

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah.

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah. 

Tidak meminta kepada orang lain.

‘Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

 

Menjauhi hutang.

Dalam sebuah hadis, Rasulul lah dengan tegas mengatakan: "Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!" Sahabat berta nya: "Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang." Begitulah kenyataan nya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: "Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari."

Selalu berfikir positif.

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


Senyum itu sedekah....^_^

Bicara tanpa suara tapi memberi makna,

keikhlasan hati menjadi asas utamanya,

kerna tanpa ia amal kita tak diterima,

ianya mudah,

tapi jarang yang mempraktikkannya,

harap-harap kita tak termasuk dikalangan mereka,

mereka yang berat mulut untuk memberi kuntuman bunga,

kuntuman bunga berupa senyuman yang hadir dari jiwa,

jiwa ukhwah Islamiyyah sesama saudara,

kerna itulah saranan hidup dalam beragama.

^_^

aduhai...~~



Abi….adik nak jadi anak yang solehah,abi doa-doakan boleh tak?,adik nak jadi seperti serikandi-serikandi Islam dahulu,seperti RabiuatulAdawiyyah,Zinnirah,sumayyah.Adik nak jadi contoh tauladan kepada semua orang.Abi,adik tengok sekarang ramai muslimah tak faham tentang aurat,ada yang pakai tudung, tapi seluar ketat,baju ketat,macam pakai baju adik dia,ustazah adik cakap,tutup aurat mestilah pakaian labuh menutup semua,kecuali tapak tangan dan muka,pastu kena longgar,tudung pulak kena labuh melebihi paras dada.Adik harap satu hari nanti adik boleh ajar mereka tentang tatasusila pemakaiaan mengikut Syariat. ^_^

Abi,adik pun nak jadi anak yang soleh jugak,boleh tak bi? ustaz cakap keredhaan Allah terletak pada keredhaan abi ngan ummi, jadi kalau-kalau adik pernah buat abi marah,maafkan adik ye bi.Adik takut tak sempat minta maaf,ustaz cakap kena selalu maafkan orang sebelum tidur.Pastu ustaz cakap, mati akan datang bila-bila masa saja,kita semua tak tahu bila saatnya.Adik takut sangat,ustaz cakap kalau buat perkara yang Allah tak suka,dalam kubur nanti duk sorang-sorang,gelap-gelita,kala jengking,ular datang sengat,patuk,bumi himpit badan hingga patah-patah tulang.Adik takut bila dengar,huhuhu..adik nak jadi anak soleh berbakti pada semua. Abi doakan adik ye. ^_^


p/s : Ummah bermula dari sebuah keluarga...

Wednesday, March 2, 2011

Bersederhana dalam pemakanan


1) Aisyah r.a berkata : Keluarga Muhammad saw.belum pernah kenyang dari roti tepung syair sampai dua hari berturut-turut,hingga mati.(Bukhari,Muslim)

Dalam riwayat lain :

Sejak pindah ke Madinah belum pernah Muhammad saw.kenyang dengan gandum sampai tiga hari berturut-turut hingga mati.

2) Aisyah r.a berkata kepada Urwah : Hai anak saudara perempuanku,kami keluarga Nabi adakalanya melihat bulan berganti tiga kali dalam dua bulan,sedang di rumah-rumah Rasulullah saw.tidak dinyalakan api.Urwah bertanya : Apakah makanan kamu?

Jawab Aisyah : Kurma dan air.Hanya saja adakalanya tetangga Rasulullah mengirimkan

hadiah susu ternak mereka.(Bukhari,Muslim)

3) Annu’man bin Basyir r.a.berkata : Saya telah melihat Nabimu saw.kelaparan dan tidak mendapat walaupun hanya kurma-kurma yang buruk untuk mengisi perutnya.(Muslim)

4) Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah r.a.berkata : Pernah saya terjatuh diantara mimbar Rasulullah saw.dan bilik Siti Aisyah r.a.maka orang datang kepadaku meletakkan kakinya diatas leherku disangka saya gila.Padahal bukan gila,hanya semata-mata kerana kelaparan.(Bukhari)

5) Fadholah bin Ubaid r.a berkata : Adakalanya jika Rasulullah saw.sedang solat,maka orang-orang dari Ahlusshuffah sampai terjatuh kerana kelaparan.Hingga dikatakan oleh orang-orang badwi yang tidak mengenal mereka berkata : Gila mereka itu.Dan bila telah selesai solat Rasulullah saw.segera mendekati mereka dan bersabda :Andaikan kamu mengetahui bagaimana kedudukanmu disisi Allah,nescaya kamu akan ingin bertambah kemiskinan dan kelaparan.(Attirmidzi)

6) Abu Kuraimah (Almiqdad) bin Ma’di Karib r.a.berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw.bersabda : Tiadalah mengisi penuh seorang anak Adam pada suatu wadah yang lebih bahaya daripada mengisi penuh perutnya sendiri.Cukup bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan punggungnya.Dan jika harus lebih dari itu,maka hendaknya dibagi tiga,sepertiga untuk makan,sepertiga untuk minum dan sepertiganya untuk nafas.(Attirmidzi)

Ini adalah sebahagian hadis yang menceritakan tentang bagaimana insan yang dimuliakan oleh ALLAH s.w.t tidak mengutamakan diri untuk mengisi perut dengan makanan.Hatta Rasulullah saw.sendiri,baginda saw.merupakan sebaik-baik makhluk dimuka bumi ini.

Baik,cuba kita renungi pada diri kita,bagaimana mungkin kita melebih-lebihkan pada makan, padahal Rasulullah saw. Tak sebegitu,malunya kita kepada Baginda saw.Bagaimana kita mengatakan kita sayang kepada Rasulullah saw.tapi lupa segala-galanya bila makanan terhidang dihadapan mata.

Pernah diceritakan padaku bagaimana seorang ulamak yang dijemput menghadiri untuk makan bersama menteri-menteri dan orang kenamaan disuatu majlis.Diatas meja berbagai-bagai lauk pauk yang dihidangkan : ayam bakar,kambing salai,ikan masak merah dan bermacam-macam lagi makanan yang lazat disediakan.Ketika mula untuk menjamah lauk pauk itulah dia mula menitiskan airmatanya, sehingga basah janggutnya,sebaknya membuatkan orang yang duduk bersamanya menjadi hairan,lantas dia menceritakan,dia teringatkan hadis menceritakan bagaimana perihal Rasulullah saw.semasa hayat baginda saw.tidak mengutamakan sangat atau melebih-lebih pada makan.

Begitulah seorang ulamak yang ikhlas mengasihi Baginda saw.setiap saat setiap detik,mudah-mudahan syafaat baginda saw.untuknya diakhirat kelak.Malukanlah diri kita,malukanlah untuk berlebih-lebih ketika makan mengatasi cara pemakanan Rasulullah saw.inilah bukti kita kasih kepada Baginda saw.tidak melebihi apa yang Baginda saw.buat semasa hayatnya.

Diantara kesan daripada banyak makan :

1) Hati menjadi keras.

2) Mengbangkitkan anggota badan melakukan perkara yang sia-sia dan kejahatan kerana desakan syahwat yang muncul daripada banyak makan.

3) Menumpulkan akal fikiran sehingga susah untuk memahami sesuatu perkara.

4) Menjadi malas melakukan ibadat kerana berat badan dan mengantuk.

5) Hilang kesedapan dalam melakukan ibadat.

6) Ditakuti jatuh kepada yang haram dan syubhah.

7) Mengurangkan pahala akhirat.

8) Terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...