Baca yang ni dulu...

Monday, October 24, 2011

Broga Hill

Telah tercatat dalam diari perjalanan hidupku tanggal 22hb oktober 2011,BROGA HILL telah menjadi destinasi yang telah kujelajah,demi mencari secebis pengalaman dan melihat sendiri kebesaran dan keindahan alam ciptaan Ilahi.

udara yang segar kurniaan Allah..


Melihat dan memikirkan akan kebesaran Ilahi .

















p/s : Gunakan nikmat mata untuk melihat kebesaran dan kehebatan ciptaan Ilahi.

Saturday, October 22, 2011

Air hujan


Air hujan mencurah-curah turun membasahi bumi yang tadi kering berdebu,hujan disertai angin menempias tingkap bilik yang sedikit ternganga tak rapat kerana berkarat.Gagak dengan garau ketawa riang kedengaran diluar sana,mata terasa berat nak berkelip,macam digantung jongkong,terasa mengantuk setelah lama mengadap skrin laptop,telinga masih asyik menghayati lirik lagu ibu dendangan HIJJAZ,cicak didinding seakan-akan memikirkan sesuatu,melihat pada keseriusan matanya yang tak berkelip dari tadi memerhati aku yang khusyuk didepan laptop.

Sesekali tapak tangan kanan dan kiri menekup pipi,menggosok mata disertai doa agar dihilangkan rasa mengantuk.Otak dipaksa supaya memikirkan bantal dan katil empuk yang sedang menanti..huu…”tiada lagi nikmat lain selain daripada nikmat dapat merebahkan badan diatas katil yang empuk tatkala kepenatan dan rasa mengantuk menguasai diri”.

Kalimah untuk berehat dan tidur sudah diputuskan dihati,tunggu arahan daripada akal untuk mengarahkan anggota badan bersiap siaga mengemas-ngemas barang yang perlu disimpan.

Sifat dingin dan sejuk yang ada pada air hujan membantu memudahkan hati membuat keputusan untuk tidur.Ianya masih renyai-renyai turun,katak dengan gembira berzikir, namun kita tak sedar akan hakikat maksudnya.Titisan air hujan yang menitis diatas zink dan dedaun pokok kayu menambahkan lagi keasyikan untuk beradu~~

Lampu ditutup,dengan lafaz doa Bismika ALLAHumma ahya wa’amut..aku memejamkan mata ~~

p/s : Ayuh kita buka minda, aktifkan akal supaya memikirkan setiap apa saja yang berlaku disekitar diri kita,sandarkan semuanya kepada Allah S.W.T.

Saturday, October 15, 2011

Arwah pak sedara



Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai, dari rumah kg.Bator ke Manek Urai.Aku diberi tanggung jawab membawa ayah dan ayah su melihat pak ngah buat kali terakhir. Niat untuk pergi beli barang-barang sebelum pulang ke Nilai N.Sembilan pada hari isnin 10hb oktober 2011 terpaksa dibatalkan ,kerana mendapat berita yang mengejutkan.

Bacaan Yassin ayah memecah kesunyian,pak ngah mat terlantar lesu ,mata terpejam tenang,dada kembang kempis,naik turun secara perlahan,waris terdekat memenuhi segenap ruang,tak terkecuali diriku duduk rapat dibelakang ayah, rajab hussin anak sulung daripada tiga beradik, ayah su duduk dekat kepala pak ngah sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Tangisan anak-anak perempuan pak ngah kedengaran,yang lelaki duduk rapat memegang tangan dan kaki pak ngah,mak ngah ani mengesap air mata yang tak henti-henti mengalir keluar,sebak hatiku saat itu, pabila melihat sepupu lelaki yang tabah menahan kepiluan hati,namun masih mampu menahan air mata.Mak cikdah dan suami kedua-dua doktor pakar,ada bersama, walaupun sibuk dengan kerja harian ,tetapi hubungan persaudaraan lebih diutamakan ,sebagai sepupu tiri,mak cikdah kelihatan tunduk sayu mengesap mata disebelah arwah.rumah pak ngah penuh dengan kehadiran jiran tetangga,dan ahli kariah kampung Manek Urai,ditambah lagi pak ngah merupakan Imam masjid dikampung tersebut.

Dalam setengah jam lebih pak ngah nazak tika aku berada disitu,selesai ayah membaca yassin disertai doa, arwah semakin nazak,tangisan anak pak ngah tak dapat dibendung lagi saat itu,salah seorangnya dipeluk erat mak cikdah.Tepat jam 12.35 tengahari 10hb oktober 2011,arwah menghembuskan nafasnya terakhir ,Doktor rusydan suami mak cikdah membuat pengesahan terakhir dengan menggunakan stetoskop,dan sah tiada lagi denyutan nadi.esakkan anak-anak dan linangan air mata waris terdekat dapat kudengar dan lihat.Saat itu sungguh memilukan hatiku..perginya seorang insan menghadap ilahi.wajah arwah bersih berseri ada sinar cahaya..semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang soleh,amin.

Arwah sidek Ahmad bin hussin.

(al-Fatihah).

p/s : Setiap bernyawa pasti akan merasai "MATI",cuma masa dan saatnya kita tak tahu.Hidup adalah modal untuk ke akhirat.Gunakan ia sebaik-baiknya.

Sunday, October 2, 2011

demam


Satu hari tu,demam,batuk, pedih tekak,dalam badan ni terasa seperti ada lava mengelegak,kepala berdenyut-denyut pening.Tapi usah bimbang,ini ujian Allah,kifarat dosa.”orang mukmin mereka tak pernah gelisah,jika mendapat musibah mereka sabar,jika dapat nikmat mereka bersyukur,mereka sentiasa dalam keredhaanNYA”.pernah tak kita memahami dan cuba mempraktikkannya dalam tentatif kehidupan seharian.Ini tidak,terpijak duri je,sumpah seranah keluar daripada mulut,tersadung batu marah kat batu,terhantuk dinding hati memberontak geram,cuba kita ubah dengan zikir ,cth : Allah,subhanallah…ucapan ni tak sia-sia, bahkan ia menambah pahala,mendidik jiwa tanpa kita sedari.indahnya hidup jika semua tindak tanduk kerana Allah.pernah kita cuba selami teladan daripada auliaAllah?tiap hembusan nafas, mereka tak luput ingat kepada Allah.bagaimana dengan kita?

Manusia mudah lupa,betul,tak dinafikan,iman sentiasa bertambah dan berkurang,buat masa sekarang,pada pendapatku : bi’ah/suasana persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak dan menjaga iman kita,mesti sentiasa bersama dengan mereka yang soleh,jauhkan diri daripada mereka yang tidak mengambil berat tentang syariat,tak jaga solat,biasakan diri mendengar kuliah/menghadiri majlis agama,tadabbur kitab-kitab agama,lebih-lebih lagi al-quran & hadis Rasulullah saw.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...