Baca yang ni dulu...

Wednesday, December 21, 2011

berdoalah mohon kekutan


Hatiku kekadang menangis,
Mengenangkan dosa lalu…
Aku tunduk berdoa
Mahgfirah dipinta seikhlasnya,
Mata terasa sayu bila dibuka
Melihat Kekusutan berlaku disana sini
Hati tunduk membisu sedih
Sampai bila akan berakhir kejahilan ini
Dari sudut berbeza ingin sekali berlari
Berlari sekuat hati menjauh pergi
Mana mungkin wujudnya kalimah maaf
jika tiada kesalahan dilakukan,
yaa Rabbi…

Saturday, December 10, 2011

Saya suka tatap wajah ayah


Dikala rindu hadir,
ku tatap wajah bersihmu,
gambaran memori semalam terus bermain difikiran,
nostalgia diwaktu kecilku kukenang semula,antaranya :
pergi balik sekolah kaulah yang menghantarnya,
masa-masa aku kecik, kasut wira yang kecik,rambut disikat belah tepi,hensem!hihihi
darjah 1 yang indah,
aku ingat lagi,
peluk pinggang ayah erat2,
motor berlalu dengan cermat,
pagi yang dingin kadang-kadang membuatkan aku terlelap,
namun kehangatan belakang ayah mengstabilkannya,
kini aku masih dapat rasakan kehangatannya,
kehangatan semasa memeluk belakang ayah dikala ayah menghantarku ke sekolah.


p/s : tataplah wajah ayah yang telah banyak berjasa kepada kita,dialah yang meriba dan mendodoikan kita semasa kita belum mengerti ape-ape.



Istikharah (memohon petunjuk Allah S.W.T.)

Apabila seseorang lelaki menemui calon yang dilihat sesuai untuk dijadikan teman hidup, hendaklah beliau mengembalikan pertimbangan perkara tersebut kepada Tuhan sekalian alam, Allah SWT kerana hanya Dia yang mengetahui segala kebaikan dan keburukan yang tersirat di sebalik jodoh yang dilihat baik itu. Ini kerana, ada kalanya sesuatu yang dinilai dan dirasakan baik pada pandangan manusia sedangkan ia mengundang seribu satu masalah nanti. Begitu juga sebaliknya sesuatu yang mungkin dilihat dan dinilai buruk pada pandangan manusia sedangkan padanya kebaikan yang tidak terhitung yang Allah SWT belum zahirkan kepadanya nanti. Ini berasaskan firman Allah SWT Maksudnya :

“...dan barangkali kamu membenci akan sesuatu sedangkan perkara itu baik buat kamu, dan barangkali pula kamu sukakan akan sesuatu sedangkan perkara itu buruk buat kamu, dan Allah itu maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

(Al-Baqarah: 216)

Justeru dalam hal ini, umat Islam disunatkan mendirikan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"اكتم الخطبة ثم توضأ فاحسن وضوءك ثم صل ما كتب الله لك ثم احمد ربك و مجده ثم قل اللهم إنك تقدر و لا أقدر و تعلم و لا أعلم و أنت علام الغيوب فإن رأيت لي في فلانة يسميها باسمها خيرا لي في ديني و دنياي و آخرتي فاقدرها لي فإن كان غيرها خيرا لي في ديني و دنياي و آخرتي فاقدرها لي"

Maksudnya : “Rahsiakanlah niatmu hendak meminang. berwuduk dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian dirikan solat sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepadamu. Panjatkan pujian dan kesyukuran kepadaNya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkan : ya Allah, Engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau maha mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau memandang pada si Fulanah (sebutkan nama sebenarnya ) terdapat kebaikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah ia bagiku. Dan jika ada wanita lain yang lebih baik bagiku maka takdirkannya bagiku”.


Wednesday, November 30, 2011

dik


Dik,maafkan abang…

Mungkin adanya abang selama ini membuatkan adik tak selesa dan pergerakan terbatas,

Dik,abang marah kat adik bukan bermaksub abang benci,

Dik,jangan terikut-ikut seperti orang lain,

Mereka yang tak mengendahkan syariat,

Dik,jalan kita berbeza dengan mereka,

Mereka yang hanyut dengan dunia pengaruh barat,

Dik,jaga bahasa percakapan,berlembut dan hormatilah,

Dik,jaga perasaan mak ayah,

Buat apa yang mereka suruh,selagi mana tak menyalahi hukum syarak,

Dik,bila berkawan, pilihlah mereka yang baik akhlaknya,

Dik,jangan lokek untuk bagi salam serta senyuman pada orang tua,guru dan semua,

Pandai-pandailah bergaul,bukan tak boleh berkawan dengan lelaki,tapi jagalah batasnya,

Kalau elakkan lagi bagus,tutup terus pintu fitnah,

Dik,abang juga ada buat salah-silap,

Mustahil kerana kita semua tak maksum dari dosa,

Tapi,usahalah untuk islah diri,

Dengarlah nasihat mereka,

Mereka yang telah merasai masinnya garam & manisnya gula,

Dik kenalkan mereka?

Mereka ulamak yang ikhlas kerana Allah,

Dik,tegurlah andai abang terleka,

Jangan segan-segan.. ^_^

Wednesday, November 2, 2011

Gerimis


Ketika gerimis membasahi dedaun dan rumput,

Burung didahan kuyup bertafakur sambil menahan kesejukan ,

Katak rancak bersahutan sesama mereka,

Melalui tingkap kudapat merasai kedinginan gerimis yang dibawa angin,

Bukit, diselubungi kabus tebal yang berpusaran mengelilinginya,

Awan yang gelap kelihatan sarat berarak perlahan,

Waktu syuruk bagaikan dinihari yang kelam,

Betapa selesanya badan dibungkus dengan selimut tebal ,

Ditambah secawan Coffee panas menghangatkan badan,

Buku حقائق عن التصوف kubuka dan kuamati maknanya,

Membaca memerlukan akal untuk faham dan mesti disertai kesedaran hati.



Saje2 taip….… ^_^ (fokus - tesis ooo tesis...)

Tuesday, November 1, 2011

Jangan ikut puak sesat


Akhir zaman Umat ISLAM akan mengikuti langkah-langkah yahudi nasoro sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga mereka masuk lubang biawak pun kamu akan masuk.

(Mafhum Hadis)

Ini merupakan salah satu tanda dekatnya kiamat :

Amalan orang ISLAM akhir zaman sama macam ape yang dilakukan oleh orang yahudi dan kristian, sebab ikut ape yang mereka buat hatta perkara yang remeh- temeh sekalipun, cth : sambut hari jadi dengan tiup lilin yang ada atas kek disertai nyanyian beramai-ramai lelaki perempuan bercampur,bermewah-mewah untuk mayat,mencantikkan kubur dengan mozek yang mahal-mahal,taffakur depan mayat(amalan yahudi kristian)dalam Islam suruh baca doa,bukan menunduk kepala tiru kristian,pakai baju hitam,meletak tanda pada tubuh tanda berkabung, ini adat yahudi.

Bagaimana dengan solat sehari semalam?bukankah 17 kali orang ISLAM baca al-fatihah minta Allah bagi petunjuk,mahu mengikut jalan orang-orang yang benar,jalan para nabi dan tak mahu mengikuti jalan mereka yang Allah murkai(kafir yahudi, kristian).Tapi selesai je solat,ikut kerja yahudi nasoro,bercakap cara yahudi nasoro,mengamalkan riba ,sibuk mencari kekayaan semata-mata untuk mendapat kesenangan dan bermegah-megah supaya dipuji.Mengajar dan memberi galakan kepada anak-anak muda supaya belajar menyanyi meniru gaya artis yang sesat barat(ikut orang kafir)melompat macam kera,rambut macam hantu pontianak,macam pok ko angguk.

Pengaruh utama ialah media massa ,cth: tv,inilah guru yang mengajar anak-anak umat Islam menjadi macam yahudi nasoro,siang malam tanpa disedari sedikit demi sedikit fikiran umat Islam diracuni,hiburan yang melampaui batas,semua tiru yahudi nasoro,membelakangkan syariat Islam,semua ikut nafsu,tak kira ustaz,cik gu,ustazah,semua pakat tengok start daripada ayah mak sampailah anak-anak khusyuk mengadap tv tengok akademi nyanyian,pertandingan akhir juara lagu ,dan macam-macam lagi,beribu-ribu umat Islam lalai,ia datang macam ombak tsunami yang meranapkan jiwa-jiwa dan rohani muslim,menenggelamkan iman yang sedia ada dengan sekelip mata .

Hiburan bollywood Hollywood menghiasi paparan media tv menjadi santapan umat Islam pagi petang siang malam,.kesalahan yang jelas-jelas bertentangan dengan syariat menjadi kebiasaan dikalangan umat Islam,aurat yang terdedah ,pergaulan bebas lelaki perempuan ,ianya memberi kesan yang besar kepada remaja,muda-mudi tiada pedoman hidup,rempit bohsia pelacuran berleluasa.Sehingga berlakunya penzinaan,buang anak,anak lari dari rumah,gangster,dadah, mencuri,rogol dan bermacam-macam lagi masalah yang timbul kesan daripada pengaruh media massa ,senjata rahsia yang dibawa dan direncana oleh kafir yahudi nasoro.Objektif mereka adalah ingin menyesatkan orang Islam seluruhnya,sehingga mereka lupa pada Agama.Kini,semuanya ini terbukti dan telah pun berlaku kepada umat Islam,benarlah apa yang dikhabarkan Nabi Muhammad SAW.

ألأية…. ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قوله تعالى :

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka".) Al -Baqarah 120(

p/s : Persiapkan diri untuk ke negeri yang kekal abadi,jangan tertipu dengan dunia yang sementara,hidup modal kita,gunakan sebaik2nya.

Monday, October 24, 2011

Broga Hill

Telah tercatat dalam diari perjalanan hidupku tanggal 22hb oktober 2011,BROGA HILL telah menjadi destinasi yang telah kujelajah,demi mencari secebis pengalaman dan melihat sendiri kebesaran dan keindahan alam ciptaan Ilahi.

udara yang segar kurniaan Allah..


Melihat dan memikirkan akan kebesaran Ilahi .

















p/s : Gunakan nikmat mata untuk melihat kebesaran dan kehebatan ciptaan Ilahi.

Saturday, October 22, 2011

Air hujan


Air hujan mencurah-curah turun membasahi bumi yang tadi kering berdebu,hujan disertai angin menempias tingkap bilik yang sedikit ternganga tak rapat kerana berkarat.Gagak dengan garau ketawa riang kedengaran diluar sana,mata terasa berat nak berkelip,macam digantung jongkong,terasa mengantuk setelah lama mengadap skrin laptop,telinga masih asyik menghayati lirik lagu ibu dendangan HIJJAZ,cicak didinding seakan-akan memikirkan sesuatu,melihat pada keseriusan matanya yang tak berkelip dari tadi memerhati aku yang khusyuk didepan laptop.

Sesekali tapak tangan kanan dan kiri menekup pipi,menggosok mata disertai doa agar dihilangkan rasa mengantuk.Otak dipaksa supaya memikirkan bantal dan katil empuk yang sedang menanti..huu…”tiada lagi nikmat lain selain daripada nikmat dapat merebahkan badan diatas katil yang empuk tatkala kepenatan dan rasa mengantuk menguasai diri”.

Kalimah untuk berehat dan tidur sudah diputuskan dihati,tunggu arahan daripada akal untuk mengarahkan anggota badan bersiap siaga mengemas-ngemas barang yang perlu disimpan.

Sifat dingin dan sejuk yang ada pada air hujan membantu memudahkan hati membuat keputusan untuk tidur.Ianya masih renyai-renyai turun,katak dengan gembira berzikir, namun kita tak sedar akan hakikat maksudnya.Titisan air hujan yang menitis diatas zink dan dedaun pokok kayu menambahkan lagi keasyikan untuk beradu~~

Lampu ditutup,dengan lafaz doa Bismika ALLAHumma ahya wa’amut..aku memejamkan mata ~~

p/s : Ayuh kita buka minda, aktifkan akal supaya memikirkan setiap apa saja yang berlaku disekitar diri kita,sandarkan semuanya kepada Allah S.W.T.

Saturday, October 15, 2011

Arwah pak sedara



Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai, dari rumah kg.Bator ke Manek Urai.Aku diberi tanggung jawab membawa ayah dan ayah su melihat pak ngah buat kali terakhir. Niat untuk pergi beli barang-barang sebelum pulang ke Nilai N.Sembilan pada hari isnin 10hb oktober 2011 terpaksa dibatalkan ,kerana mendapat berita yang mengejutkan.

Bacaan Yassin ayah memecah kesunyian,pak ngah mat terlantar lesu ,mata terpejam tenang,dada kembang kempis,naik turun secara perlahan,waris terdekat memenuhi segenap ruang,tak terkecuali diriku duduk rapat dibelakang ayah, rajab hussin anak sulung daripada tiga beradik, ayah su duduk dekat kepala pak ngah sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Tangisan anak-anak perempuan pak ngah kedengaran,yang lelaki duduk rapat memegang tangan dan kaki pak ngah,mak ngah ani mengesap air mata yang tak henti-henti mengalir keluar,sebak hatiku saat itu, pabila melihat sepupu lelaki yang tabah menahan kepiluan hati,namun masih mampu menahan air mata.Mak cikdah dan suami kedua-dua doktor pakar,ada bersama, walaupun sibuk dengan kerja harian ,tetapi hubungan persaudaraan lebih diutamakan ,sebagai sepupu tiri,mak cikdah kelihatan tunduk sayu mengesap mata disebelah arwah.rumah pak ngah penuh dengan kehadiran jiran tetangga,dan ahli kariah kampung Manek Urai,ditambah lagi pak ngah merupakan Imam masjid dikampung tersebut.

Dalam setengah jam lebih pak ngah nazak tika aku berada disitu,selesai ayah membaca yassin disertai doa, arwah semakin nazak,tangisan anak pak ngah tak dapat dibendung lagi saat itu,salah seorangnya dipeluk erat mak cikdah.Tepat jam 12.35 tengahari 10hb oktober 2011,arwah menghembuskan nafasnya terakhir ,Doktor rusydan suami mak cikdah membuat pengesahan terakhir dengan menggunakan stetoskop,dan sah tiada lagi denyutan nadi.esakkan anak-anak dan linangan air mata waris terdekat dapat kudengar dan lihat.Saat itu sungguh memilukan hatiku..perginya seorang insan menghadap ilahi.wajah arwah bersih berseri ada sinar cahaya..semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang soleh,amin.

Arwah sidek Ahmad bin hussin.

(al-Fatihah).

p/s : Setiap bernyawa pasti akan merasai "MATI",cuma masa dan saatnya kita tak tahu.Hidup adalah modal untuk ke akhirat.Gunakan ia sebaik-baiknya.

Sunday, October 2, 2011

demam


Satu hari tu,demam,batuk, pedih tekak,dalam badan ni terasa seperti ada lava mengelegak,kepala berdenyut-denyut pening.Tapi usah bimbang,ini ujian Allah,kifarat dosa.”orang mukmin mereka tak pernah gelisah,jika mendapat musibah mereka sabar,jika dapat nikmat mereka bersyukur,mereka sentiasa dalam keredhaanNYA”.pernah tak kita memahami dan cuba mempraktikkannya dalam tentatif kehidupan seharian.Ini tidak,terpijak duri je,sumpah seranah keluar daripada mulut,tersadung batu marah kat batu,terhantuk dinding hati memberontak geram,cuba kita ubah dengan zikir ,cth : Allah,subhanallah…ucapan ni tak sia-sia, bahkan ia menambah pahala,mendidik jiwa tanpa kita sedari.indahnya hidup jika semua tindak tanduk kerana Allah.pernah kita cuba selami teladan daripada auliaAllah?tiap hembusan nafas, mereka tak luput ingat kepada Allah.bagaimana dengan kita?

Manusia mudah lupa,betul,tak dinafikan,iman sentiasa bertambah dan berkurang,buat masa sekarang,pada pendapatku : bi’ah/suasana persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak dan menjaga iman kita,mesti sentiasa bersama dengan mereka yang soleh,jauhkan diri daripada mereka yang tidak mengambil berat tentang syariat,tak jaga solat,biasakan diri mendengar kuliah/menghadiri majlis agama,tadabbur kitab-kitab agama,lebih-lebih lagi al-quran & hadis Rasulullah saw.

Saturday, September 24, 2011

Semoga Rumahmu Membuat kamu Bahagia



Mengasingkan diri yang diajarkan syariat dan sunah Rasul adalah

menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang-orang yang banyak

waktu kosongnya, orang-orang yang lalai, dan orang-orang yang senang

membuat huru-hara. Dengan begitu, jiwa anda akan selalu terkendali, hati

menjadi tenang dan sejuk, fikiran selalu jernih, dan anda akan merasa

leluasa dan bahagia berada di taman-taman ilmu pengetahuan.

Mengasingkan diri (uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia

dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah diuji dan

dibuktikan kemujarabannya oleh para ahli pengubatan hati. Banyak cara

untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia.

Diantaranya adalah; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru

ke dalam akal fikiran, menjalankan semua hal yang sesuai dengan kaedah

"takut kepada Allah", dan juga menghadiri majlis-majlis pertaubatan dan

dzikir. Betapapun, perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut

dikunjungi adalah yang digunakan untuk menjalankan shalat berjemaah,

menuntut dan mengajarkan ilmu, atau untuk saling membantu dalam

kebaikan. Maka dari itu, hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya

dan tidak pula berguna! Jaga kesucian kulit anda, tangisilah kesalahan

anda dan jagalah lidah! Semoga, dengan itu rumah anda dapat

membahagiakan hati anda.

Pergaulan bebas antara laki-laki dan perempuan merupakan serangan

mematikan bagi jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan

kedamaian diri anda. Sebabnya, melakukan hal itu bererti anda telah bergaul

dengan setan-setan pembisik desas-desus, pembawa khabar bohong, peramal

bencana dan petaka. Dan itu, akan membuat anda mati tujuh kali dalam

sehari sebelum Anda benar-benar mati. Maka,

{Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah

kamu selain dari kerusakan belaka.}

(QS. At-Taubah: 47)

Dari itu,keluarlah untuk berkata atau berbuat baik saja. Pada saat seperti itu hati anda

akan benar-benar menjadi milik anda, sehingga waktu dan umur anda

selamat dari kesia-siaan, lidah anda terhindar dari menggunjing (ghibah),

hati anda bersih dari kerisauan, telinga anda terjauhkan dari ucapan kotor,

dan jiwa anda bebas dari berburuk sangka. Barangsiapa mencuba sesuatu,

niscaya akan mengetahuinya. Barangsiapa membiarkan dirinya hanyut dalam

gumpalan kusut-masai dan terseret ke dalam komuniti orang-orang yang

tidak berilmu, serta senang berbuat yang sia-sia, maka katakan kepadanya:

Selamat tinggal!

sumber : petikan daripada Ulamak tasauf...

Wednesday, September 21, 2011

Apa nak jadi dengan kita ni



Hai,,,ada juga orang macam ni dih?dah belajar agama,nama pun cantik ,elok je maknanya,,sekiranya nabi saw.ada diwaktu sekarang, pasti nabi saw.sedih dengan sifat dan kelakuan orang macam ni.Bukankah muslim dengan muslim itu bersaudara?jadi,apabila dah saudara ,susah dia susah kita,,senang dia senang kita,,yang berat sama dipikul yang ringan dijinjing sama.Memang betul istilah melayu ada mengatakan,kawan ketawa senang dicari,tapi kawan menangis dikala kita menerima musibah…emmmm…susah..rambut sama kaler,tapi hati,ada yang hitam kuali,ada yang kelabu asap,ada yang kuning macam langsat…huuu…buat apa kalau belajar bukan main tinggi,tapi pengamalannya tak ada!tak ada faedah langsung!belajar agama,tengok sampah tak kutip,belajar agama, kawan mintak pertolongan, bagi alasan yang tiada kesudahan,belajar agama,bak mengutuk orang no.1,belajar agama, cakap tak sopan langsung,belajar agama, pemakaian???huu..semua tiru barat,macam barat tu dijadikan kiblat,tapi belajar agama pasti tahu kiblat muslim ialah mekah,belajar agama,nak bagi salam pun berat mulut,belajar agama,mak minta tolong basuh pinggan pun malas,mak suruh kupas bawang pun malas,mak suruh bangun awal-awal masak pun malas,.Bukankah nabi saw.contoh yang kita mesti ikut?tapi,tak…………juga faham,masih juga minat justin bieber,dan banyak lagi artis-artis yang jadi pujaan mereka yang dikatakan belajar agama,artis barat ke artis korea ke…bukankah kita ni muslim?yang duk tiru gaya hidup diorang tu pasal ape?.

Ayuh,kita sedarkan kembali pemikiran kita yang telah diracuni…pemikiran yang telah disaluti dengan budaya yang sia-sia.hiris cebisan kotoran najis yang dah melekat kat daging kita,basuh dan sucikan kembali.Siapa yang dia rasa dia tak akan mati?angkat tangan!siapa yang dia rasa dia tahu dia akan mati bila?angkat tangan!pasti!semua akan jawab, saya akan mati,bila saatnya saya tak tahu,dah tuu…..tahu diri akan mati, belajar agama tapi tak amal apa yang dipelajari,masih terikut-ikut dengan orang bukan Islam.Ayuh,kita persiapkan kembali, perjalanan kita masih jauh,tapi hakikatnya dekat je,jangan hirau dengan ajakan syaitan dan kuncu-kuncunya dikalangan jin dan manusia,mereka Cuma mahu menyesatkan kita dari jalan sebenar.Hanya satu jalan yang membawa kita ke tempat yang selamat,ikutlah arahan ketua rombongan (Nabi Muhammad saw.yang membawa peta berupa Al-quran).

p/s : sama-sama kita baiki diri..

Ya Allah,tanpa pengawasanMU kami lemah dengan godaan dunia, dari itu, tuntunlah kami yaa Allah..agar selamat dibawah naunganMU..AMIN.

Saturday, September 17, 2011

Lintasan kenangan semalam


Lintasan kenangan semalam menjenguk kembali…ketika aku berdiri kaku dalam lautan manusia disebuah pasar yang terkenal dengan kehadiran manusia bagaikan semut mengerumuni manisan,berduyung-duyung dalam barisan mengharapkan secebis rezeki untuk dijadikan cicipan,pelbagai ragam dan karenah manusia dapat dilihat…..putaran jam begitu pantas…perubahan demi perubahan berlaku begitu pantas sekali ,aku duduk menongkat dagu menanti untuk pulang…jalan sesak dengan pelbagai kenderaan..berbaris-baris panjangnya,seorang atuk tua yang bongkok tiga melintas dalam kesesakan jalan,sayu dihati pabila melihat keadaannya yang tidak terurus….”anak dia takde ke?kenapa dia dibiarkan tidak dipeduli,sepatutnya dengan umur sebegitu tua seharusnya dirumahlah tempat dia,tak perlu lagi bergerak bebas sebegitu rupa,cukuplah duduk bersandar meratib tasbih berzikir sambil menunggu waktu solat untuk berjemaah”- monolog sendirian..

Angin meluru kuat yang masuk melalui tingkap kereta,memaksa mata bertahan untuk dibuka,dalam perjalanan pulang berderet-deret perumahan kelihatan ceria dengan kehadiran anak-anak bermain dihalaman…pak cik separuh abad berkopiah putih yang memandu kelihatan optimis dengan pemanduan…pada wajahnya ada cahaya kesan wuduk yang sempurna..anak-anak muda ketawa hilai ditepi jalan bersama motor mereka..berseluar paras lutut ada yang tak berbaju..rokok dihembus,dihisap..lagak seperti penjahat dalam movie tamil..”apa nak jadi dengan anak-anak muda sekarang ni,kesian kat ibu ayah diorang”

Terima kasih pak cik,wajah cerianya jelas terpancar pada redup mata dan melalui segaris senyuman tua,tapak kaki kembali memijak tanah milikNYA…Alhamdulillah…hati mengucap syukur..

Tulang belakang berasa lenguh,beg yang digalas dari tadi mulai membuktikan bebannya..rumah setia menanti kepulanganku, aku berjalan menyelusuri jalan belukar yang kian dilitupi pohon-pohon kecil paras kepala, mereka menyapa bila ku menyingkapnya,rerumput berusaha menutup bekas jalan,..burung-burung kecil kelihatan bersemangat melompat dari dahan ke dahan mencari rezeki untuk anak-anak disarang..aku berhenti rehat dibawah rimbunan pokok tembusu melepaskan beban galasan,membetulkan urat saraf..membuka penutup botol menyejukkan kerongkong dengan air jernih.. awan putih berarak tenang menjadi saksi keberadaanku disitu..matahari yang dari tadi tegak atas kepala kelihatan condong sedikit ke barat,peluh sejuk terasa didahi setelah disapa angin…dari jauh melepasi padang.. mata melihat rumah milik ayahku bediri gah - perjalananku masih panjang,namun perjalanan ini sungguh indah..limpah dengan warna warni.. diari semalam telah diolah..mengimbau kenangan silam yang berharga tiada siapa yang tahu kecuali DIA..semuanya masih tersimpan rapi dalam disket hati..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...