Baca yang ni dulu...

Saturday, December 10, 2011

Istikharah (memohon petunjuk Allah S.W.T.)

Apabila seseorang lelaki menemui calon yang dilihat sesuai untuk dijadikan teman hidup, hendaklah beliau mengembalikan pertimbangan perkara tersebut kepada Tuhan sekalian alam, Allah SWT kerana hanya Dia yang mengetahui segala kebaikan dan keburukan yang tersirat di sebalik jodoh yang dilihat baik itu. Ini kerana, ada kalanya sesuatu yang dinilai dan dirasakan baik pada pandangan manusia sedangkan ia mengundang seribu satu masalah nanti. Begitu juga sebaliknya sesuatu yang mungkin dilihat dan dinilai buruk pada pandangan manusia sedangkan padanya kebaikan yang tidak terhitung yang Allah SWT belum zahirkan kepadanya nanti. Ini berasaskan firman Allah SWT Maksudnya :

“...dan barangkali kamu membenci akan sesuatu sedangkan perkara itu baik buat kamu, dan barangkali pula kamu sukakan akan sesuatu sedangkan perkara itu buruk buat kamu, dan Allah itu maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

(Al-Baqarah: 216)

Justeru dalam hal ini, umat Islam disunatkan mendirikan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"اكتم الخطبة ثم توضأ فاحسن وضوءك ثم صل ما كتب الله لك ثم احمد ربك و مجده ثم قل اللهم إنك تقدر و لا أقدر و تعلم و لا أعلم و أنت علام الغيوب فإن رأيت لي في فلانة يسميها باسمها خيرا لي في ديني و دنياي و آخرتي فاقدرها لي فإن كان غيرها خيرا لي في ديني و دنياي و آخرتي فاقدرها لي"

Maksudnya : “Rahsiakanlah niatmu hendak meminang. berwuduk dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian dirikan solat sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepadamu. Panjatkan pujian dan kesyukuran kepadaNya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkan : ya Allah, Engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau maha mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau memandang pada si Fulanah (sebutkan nama sebenarnya ) terdapat kebaikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah ia bagiku. Dan jika ada wanita lain yang lebih baik bagiku maka takdirkannya bagiku”.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...