Baca yang ni dulu...

Friday, December 31, 2010

Nak tiru sifat bunga ah!

Bunga mekar mewangi,dipetik untuk perhiasan,dijadikan ubatan,indah dipandang,ibu-ibu suka tanam dihalaman,waduh...sifat bunga sungguh indah,nak tiru ah!tapi keindahannya tak kekal selamanya,kerana ia juga makhluk .Ape yang ada ,hakikatnya tiada, melainkan DIA yang maha Esa,jadi tak usah mendabik dada,bermegah suara,bermaharajalela macam dunia ini dia yang punya,bagaikan hidup selama-selamanya,tak sedar ke mati mengintai kita??jadi,sediakan bekalan taqwa untuk kesana.

(197)وتزودوا فإن خير الزاد التقوى: البقرة

(185) كل نفس ذائقة الموت : ال عمرن

Wednesday, December 22, 2010

Hati dan Akal Bicara Cinta


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba.

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1364-hati-dan-akal-bicara-cinta.html


Tuesday, November 2, 2010

Ibu ayah

Ayah,ayah pasti ingat,saat anakmu ini dilahirkan ke muka dunia ini,ayah membisikkan azan ditelinga,mengajarku erti kebesaran Pencipta ,itulah kalimah pertama yang kudengar setelah 9 bulan dialam rahim.Saat itu aku masih tidak mengerti apa-apa selain menangis mengharapkan perhatian ibu untuk disusui,fitrah Islam ada padaku,suci bersih tanpa titik-titik hitam.

Ibu,ibu pasti ingat saat ibu menyusuiku,anakmu ini pasti tenang dalam penjagaanmu,merasai kehangatan kasih sayang yang tak berbelah bagi.Aku ditatapi,dibelai manja,saat itu anakmu tak mengerti apa-apa,.

Bila sahaja mataku terbuka,ibu berusaha untuk membuatku senyum,riak diwajah ibu terpancar sinar kebahagiaan,limpah dengan perasaan kasih sayang,saat itu anakmu ini cuma pandai mengerlipkan mata.Badanku dibekung kemas oleh petugas hospital,apa yang berlaku disekitar kumasih tak mengerti apa-apa,ramai manusia datang menjenguk,semuanya senyum melihatku,tapi aku tak mengerti apa-apa.

Dirumah,ibu tak boleh bergerak bebas sebelum luka ibu sembuh.Ibu tak boleh makan,kecuali makanan yang dibenarkan sahaja.Saat itu aku cuma diam dalam bungkusan bekung kain,ramai manusia datang,semua ingin mengendongku,ibu senyum,senyuman ikhlas jelas terpancar.

Bila malam je atau awal-awal pagi aku pasti menangis,waktu tidur ayah dan ibu terganggu,kesian ayah dan ibu,aku ditidurkan dalam kelambu kecik,perisai daripada sang penghisap darah.Aku masih tak mengerti apa-apa saat itu,hanya mata kecilku yang melihat sejarah kasih sayang mereka “IBU dan AYAH ”.

وقضى ربك ألا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحسـانا إما يبلغن عندك الكبر أحدهما أو كلاهما فلا تقل لهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما * واخفض لهما جناح الذل من الرحمة وقل رب ارحمهما كما ربياني صغيرا *

Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah,kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.Jika seorang di antara keduanya telah tua atau kedua-duanya,janganlah kamu katakan “cis” kepada keduanya dan jangan kamu herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia(lemah lembut).*Dan rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada keduanya,kerana kasih sayang dan katakanlah : ya Tuhanku!kasihanilah keduanya,sebagaimana keduanya telah mengasuhku ketika aku masih kecil.

Surah Israak :ayat 23-24

p/s: Kasih sayang mereka takkan terbayar dengan wang permata,hargailah mereka selama mana mereka masih ada,curahkan bakti dan kasih sayang setulusnya.

Thursday, October 28, 2010

Perhati betul-betul


Berdiri ditebing curam yang tinggi,tiada perbatasan pandangan mata ,merasai kehebatan ciptaan ILAHI.Sungguh!sungguh indah ~~~

Indahnya awan memutih....putihnya sangat putih,langit membiru....tenang...angin sepoi-sepoi bahasa.... menyejukkan kehangatan yang tadi meluap-luap bagaikan lava didalam badan,titik peluh didahi disejatnya ~~

Dedaunan melambai-lambai dan bertepuk-tampar sesama mereka..beburung berterbangan bebas diangkasaraya kejar mengejar....mata zahir melihat dibantu panduan akal yang diarah oleh jiwa halus yang dinamakan hati,hati menyandarkan semuanya pada kehebatan kudratNYA.

Sungguh!sungguh indah,pepatung berehat diranting sambil memikirkan sesuatu....(uik!!pepatung manade akal ,,hehehehehe..alah…aku Cuma mengnisbahkan kita sebagai manusia,setelah penat mencari rezeki,bertungkus-lumus dengan kerja seharian…kita perlukan masa,waktu,detik untuk bermuhasabah,bertaffakur ,apakah kerja-kerja kita seharian bermula dari celik mata dinihari sampailah kita tidur diwaktu malam,adakah ia selari dengan kehendak syariat dan garis panduanNYA.Muhasabah itu sangat penting,sangat penting)-monolog jiwa.

Tengok kearah pokok mati ,'dulu ia hidup gah....menghijau ..menghasilkan bunga yang harum..buah yang manis..menjadi tempat makhluk menumpang berteduh,tapi kini,sunyi daripada menjadi tempat beburung berborak sesama mereka bagaikan kedai kopi bagi manusia.(ye dulu pokok ini kecik,membesar dan membesar..tapi..sampai masanya ia tersungkur rebah ke bumi,menjadi sebahagian daripada tanah,Begitulah,setiap permulaan...pasti..ada pengakhiran,itulah hakikat kehidupan,setiap kejadian pasti akan dikembalikan" )

Bunyi-bunyian campuran alam semulajadi seindah-indah muzik untuk halwa telinga,

bagi sesiapa yang mahu memikirkan hakikat kesenian bunyi ia ada pada persekitaran kita.

Mendengar dan memikirkannya,dan jawablah dengan hati yang tulus setiap persoalan yang kita sendiri persoalkan,jawapannya ada disitu.

Semua daripada kita melihat satu benda yang sama pada zahirnya,tapi respon pemikiran berbeza,,mengikut tahap pemahaman individu terhadap hakikat apa yang dilihat dan ditengok."cuba kamu tengok semut,tengok betul-betul... pergi cari tempat sarang mereka dan cuba kaji,selidik apa yang mereka buat.Semua ada pelbagai jenis bangsa,ada yang kecik,besar,hitam,merah,kuning,berbisa dan banyak lagi rahsia yang kita tak tahu tentang mereka."Betapa hebatnya semut ni,sehingga didalam al-quran ada merakamkan surah yang dinamakan al-naml (semut),nak tahu kisahnya buka surah al-naml.

__________________________________________

قل انظروا ماذا في السموت والأرض وما تغنى الأًيت والنذر عن قوم لا يؤمنون

Katakanlah: Perhatikan apa yang dilangit dan dibumi.Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman.

Surah yunus ayat :101

p/s: Gunakan nikmat mata dengan memerhatikan setiap ciptaan Allah S.W.T,kemudian memikirkan hakikat rahsia disebalik kejadian.Mudah-mudahan kita menemui hakikat apa yang kita cari,dan keinginan setiap daripada kita untuk mengetahui kebenaran itu ada,Cuma halangan dan cabaran yang ditempuhi menjadi alasan ianya tak diambil peduli.

Monday, October 25, 2010

Adik Munir


Hujan turun renyai-renyai,
Angin bayu menghembus ~ pipi,
Kesejukan kurasa sekalipun sweater menyelimuti rangka jasad,
Kupeluk tubuh mengharap pada hangat badan yang masih tersisa didalam,

'Bang,buat ape kat sini?'seorang adik menyapa,terus duduk disebelahku,
Tunggu bas dik,adik nak pergi mane comei-comei ni?"saje tanye padahal dah tau"sekolah,darjah berape?cuba abang teka..."sengeh",ermmm...darjah...1?tak,2?hehehehe..a'ah..nama saya munir.Biasa gi sekolah dengan bas?a'ah.Adik belajar ape kat sekolah?belajar la apa yang cikgu ajar...hihihihi.."pandai budak ni,..kantoi aku dibuatnye"nak tanya ni,dik rukun ISLAM ade berape?5!cube sebut satu-satu,(1)mengucap dua kalimah syahadah,(2)solat lima waktu,(3)zakat...eh?puasa ke zakat dahulu..bang?"aku senyum"kalau tengok hadis jibril,ikut turutan zakat dahulu baru puasa,hadis jibril?ye,hadis yang malaikat jibril datang kat nabi SAW.malaikat berupe seorang pemuda yang tampan,pastu malaikat bertanya tentang ISLAM,IMAN ,IHKSAN dan HARI KIAMAT..itu yang dipanggil hadis jibril.(4)puasa ramadhan,(5)pegi haji,ustazah yang ajar ni,mase munir kat kelas tambahan.Baguslah camtu.Nama abang, muhammad."nanti kita jumpe lagi,,bas dah datang ni,munir belajar rajin-rajin ye,assalamualaikum..~ "munir senyum je,sambil pegang beg,lambai tangan,bas meninggalnya keseorangan diperhentian ITU "

p/s:Sebarkan ilmu walau dimana saje kite berade.Kerana ilmu yang bermanfaat itu salah satu bekalan kita dialam kubur.

Sebagaimana hadis nabi SAW:
اذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به
وولد صالح يدعوله

(Riwayat Muslim)

Monday, October 18, 2010

Sanggup mati demi cinta





Anggota Bomba dan Penyelamat mengutip serpihan mayat Santhakumari yang maut selepas digilis kereta api di Kilometer 25, Jalan Gemas-Bahau, Jempol semalam.

BAHAU – Gara-gara percintaan dengan seorang lelaki tidak direstui keluarga, seorang janda beranak empat didakwa sanggup menamatkan riwayat hidupnya dengan berbaring di atas landasan kereta api sebelum badannya digilis di Kilometer 25, Jalan Gemas-Bahau, Jempol kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang dan mangsa P. Santhakumari, 48, didakwa menunggu di landasan itu sebelum bertindak berbaring di atas landasan apabila mendengar kehadiran kereta api.

“Pemandu kereta api itu dikatakan nampak wanita itu dan cuba memperlahankan kereta api tetapi gagal.

“Badan wanita itu berkecai akibat digilis kereta api itu,” kata beliau.

Menurut beliau, kereta api terbabit ketika kejadian itu merupakan kereta api membawa muatan barang yang dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Kuala Lipis, Pahang.

“Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol untuk tujuan bedah siasat,” kata beliau.

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
berita@kosmo.com.my


______________________________________________________________

Kerana CINTA tanpa sempadan akal dan sempitnya pemikiran,manusia hilang kewarasan dalam membezakan yang benar dan yang salah.Ini adalah realiti yang berlaku dalam masyakat sekarang.Kita mesti tertanya-tanya kenapa ia boleh berlaku?bagaimana nak selesaikan konflik jiwa atau dalaman sekiranya ia berlaku?maka jawapan yang pasti ialah kembali kepada agama,dan agama yang diredhai disisi ALLAH ialah agama ISLAM.Kenali dan fahami agama atau cara hidup yang selamat,agama tidak dapat lari daripada tiga perbahasan pokok(utama) : ISLAM,IMAN dan IHKSAN.Dan setiap daripadanya mempunyai pecahan-pecahan kecil yang mesti kita kaji ,pelajari dan seterusnya mengaplikasikan dalam hidup untuk kesejahteraan didunia dan juga diakhirat. InshaALLAH ~

p/s: Dalam kehidupan manusia ada peraturan,dan sebaik-baik peraturan ialah peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.~ Wallahua'alam ~

Mak, Saya Sayang Mak



Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.

Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.

Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca.

Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.

Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...

Aku mengimbau....

"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.

Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu.

Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan.

Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.

Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.

Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu.

Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota.

Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia.

Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' dan mempunyai dua orang cahaya mata - seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu.

Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.

Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.

Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

"Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah" getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

"Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"

"Makcik nak jumpa dengan anak makcik"

"Anak makcik? Siapa?"

"Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik"

"Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan"

Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

"Siapa kau wahai orang tua?"

"Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."

"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"

"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!"

"Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"

"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"

"Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"

Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala.

Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya.

Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar.

Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut-turut dengan mimpi yang sama.

Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya.

Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"

"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"

"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.

"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"

"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru dua hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"

"Apa?"

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."

Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.

Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman.

*****

Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W.

http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/988-mak-saya-sayang-mak.html

p/s: Kasihilah ibu,kucupilah dahinya,luahkanlah rasa sayang kepadanya dan sentiasalah mendoakannya setiap kali lepas solat."wahai Tuhanku Kau ampuni dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku dan rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil"

Friday, October 15, 2010

~ Entahlah ~


Dah terjawab segala teka-teki,emmmm...memang betul lah...ape orang tua cakap,tak boleh dinafikan lagi...lucunye rase.adui....so,macamane sekarang mat?jawapan dah jelas....persoalan dah terjawab....kamu mahu macamane lagi?"hatiku berbicara sendirian"eemmm...ok,sekarang....tak perlu rase bersalah lagi.Kau bebas dari tuduhan tu,mungkin pada zahir orang meragui kamu,tapi Allah Maha Mengetahui."Bagaikan sebijik batu besar menghempap tas kepala aku ni,rebah jatuh tersungkur...hahahahaha..."setan mesti ketawa saat ni kalu aku tak bangkit".Bangun muhammad.....bangun.....dimana kata-kata semangatmu dulu??ni baru ujian kecik,kamu kena ingat....manusia yang paling banyak menerima ujian kamu tahu siapa??jawapannye ye,semestinya aku tahu,tak lain tak bukan junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Huuuh....aku senyum sendirian..."dulu kau cakap ujian itu tanda Allah nak uji IMAN,so,sekarang?ape jawapan kamu?"dah tak boleh terima??huuuuh...hatiku monolog lagi".camne yer....nak bagi tenang hati ni,eemmm...ustaz cakap kalu nak hati tenang bace quran,zikir,eemmm..memang betul...so,aku layan lagu ni.."Asma Allah,sami yusuf".

Duduk sendirian,tengok langit melalui tingkap bilik,dari tingkat tiga aku merenung sesuatu yang kurang pasti,fikiran melayan entah kemana~~~~~"tiba-tiba teringat kat mak ayah kat kampung,adik hakim....farahim,muiz...ape agaknya mereka sedang buat pada saat sebegini,yang pasti aku sangat menyayangi mereka semua."aku senyum sendirian bila teringat wajah mak,adik hakim.~ pok mat bilo nok balik??adik g sekoloh sokmo doh loni...mok masok sedap ari ni,ike singgam..ike kerisi goreng sedap...budu..pok mat make doh ko~? begitulah telatah adikku tiap kali aku telefon,aku pasti tersenyum bile dengar suara die,garau2 lucu~pok mat nok kecek nga mok ko?teringat ko mok?~abdul hakim rajab adikku yang bongsu,yang paling manje mak cakap,yelah anak yang ke-14,ape die nak pasti dapat."huuuu....aku senyum bile mengenangkan die.Aku suke menyakat die,hihihihi..seorang penakut...nak pegi tandas mesti suh teman,die pasti menggunakan kuasanya sebagai adik bongsu untuk mendapat perhatian dari mak,mendesak mak suh g teman.Akulah jadi mangsa bodyguard die,"~dik,nape tengahari adik berani?kalu male adik takut?die sengih je....nampak gigi kapak dua batang kat depan,aduii...luculah budak nie sorang,soalan yang aku tanye die tak jawab,cume sengih je."

Tersedar dari berkhayal~~beralih duk tas katil...bukak laptop,tengok2 nota.Masalah tu biarlah dulu,rasenye ok je kot,yelah...saat tu aku cume mampu senyum sendirian~~dah kene kat batang hidung sendiri baru tahu langit tu tinggi ke rendah....Laparnye rase....bersiap-siap nak g beli nasi.~~(Insha Allah akan bersambung)

p/s: Wahai manusia semua,kamu boleh hancurkan jasadku,patahkan tulang temulangku, tapi,jiwaku kau tak bisa sedikit pun menyentuhnya,menggongcangnya dan merosakkanya.Kerana aku milik DIA.

~ Adam Haikal (2)


Aku segera bangun…aduhh…saketnya kepala,,,Alhamdulillah…kau dah sedar dam,kau kat hospital sekarang,aku pandang sekeliling,,min aku tak solat subuh lagi,aku nak solat dulu,aku berusaha untuk bangun semula,tapi tak berdaya,badanku terasa lemah sekali,kenapa dengan aku ni min?Kau pengsan pagi tadi dam,terus aku bawa kau datang sini,nasib baik ada kereta pak guard,dia yang hantar tadi,ni makan lah roti bakar,,kesian aku tengok kau.Dam,aku nak mintak maaf,sebab pagi tadi aku call mak ayah kau,bagitau semua ni,pastu aku terbaca mesej seseorang………takpe min,kau tak perlu mintak maaf,assalamualaikum..tiba-tiba pintu bilik dibuka,muncul 3 orang muslimah bertudung litup,aku cepat-cepat menarik selimut menyelimuti badanku yang tak berbaju…membetulkan kopiah yang masih melekat lagi kat kepalaku,,malu pulak rasanya kat tiga muslimah ni,dam, ni adik aku,anisah,,mereka bertiga senyum….anisah mencium tangan muhaimin, abang kandungnya.Ish nisah nie..adab masuk bilik orang lain kite kena mintak izin terlebih dahulu,ni terus masuk..malu ustaz adam nie..nasihat muhaimin penuh hikmah,Anisah cume senyum meminta maaf,pandai jugak muhaimin nie bagi nasihat,penyampaian nasihatnye tegas tapi diselitkan dengan senyuman .Anisah tersenyum dan meminta maaf kat aku.

Nisah dari pasaraya tadi,abang yang bagitau ustaz Adam kat hospital,kitorang terus singgah,aku senyum…shukran ustazah-ustazah..sudi datang..mereka senyumsaat itu aku rasa segan betul…mana tidaknya,mata mereka bertiga tertumpu kat aku,tak pernah ada kalangan perempuan yang mendekati aku sedemikian rupa,,sebenarnya ape yang berlaku bang?aku Cuma senyum..melihat keakraban dua beradik ni,,selepas semuanya dijelaskan,,dengan panjang lebar oleh muhaimin,,aku Cuma angguk dan mengiakan sahaja ape yang muhaimin cakap.Mereka bertiga meminta izin untuk pulang.Ustaz Adam,semoga cepat-cepat sembuh…jangan lupa makan ubat,aku senyum je mengiakan ape yang anisah bagitau,shukran datang melawat ni,senyuman xlekang pada wajah mereka bertiga,,baru je mereka nak mengundur diri,,ish!terlupe pulak,ni buah epal hijau untuk ustaz,makan tau..jangan tak makan..penat kitorang pergi beli tadi.sambil senyum..InshaAllah.

(Jantung..berdegup kencang… menantikan malaikat datang....),tup,assalamualaikum,,,, alhamdulillah,,,dah …sikit je,,,,tak payah datanglah mak..jap lagi dah boleh keluar,,,eemmm..doktor cakap sebab tak cukup tidur,dan kurang air dalam badan,,mmm…I’Allah…ye…takot menyusahkan die pulak mak…,, mak kirim salam kat semua…..ye..wa’alaikumusalam...


akan bersambung insyaAllah...

يا أيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون

Wahai orang-orang yang beriman ,janganlah kamu masuk kedalam rumah yang bukan rumahmu,sehingga kamu meminta izin dan mengucapkan salam(selamat) kepada empunya.Demikian itu lebih baik bagimu,mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.

Surah an-nur : ayat 27

Thursday, October 14, 2010

InshaAllah ~


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insha Allah we’ll find the way

Tajuk Nasyid : Insha Allah
Artis : Maher Zain
Album : Thank You Allah

Monday, October 11, 2010

~ kira-kira,hitung-hitung ~


Lame jugak aku berdiri kat situ,
Menanti dan terus menanti,
Sesekali aku pandang ke kiri dan ke kanan,
Dongak ke langit,
Tengok jam ditangan,
"Panasnye....hari ni,(hatiku memulakan bicara)
Eh...cuaca panas tu dari Allah,kenapa kamu mengeluh begini?
Ini panas dunia je,akhirat berlipat-lipat kali ganda lagi,
Dimahsyar matahari sejengkal atas kepala,
Disaat itu berbagai-bagai keadaan manusia,
Ade yang sampai bukulali peluh lautan manusia,
Ade yang sampai lutut,ade yang sampai hidung dan ade jugak yang tenggelam dalam peluh,
Betapa dahsyatnya hari kebangkitan manusia selepas dimatikan,
Dan saat itu semuanya menuju kepada Allah S.W.T.

Takutnye....disaat itu tiada siapa yang boleh tolong melainkan amalan sendiri,
Teringat pesanan tok guru ketika ceramah,(amalan baik didunia,itulah duit wat beli diakhirat)
Kite hidup atas dunia kite perlu tempat tinggal,perlu makan minum,
perlu pakaian,perlu jaga anak-anak bagi keperluan mereka,semua tu memerlukan duit.
Betapa pentingnye duit bagi manusia nak hidup atas dunia yang fana ni,lebih kurang 63tahun je,
Tapi kita orang Islam kena ingat,ada lagi kehidupan selepas kematian,dan itulah kehidupan yang kekal abadi(Rukun iman yang ke-5)sebab kita mati tak sama seperti haiwan.
Semuanya ada kira-kira(penghisaban setiap apa yang dikerjakan) cth : anak kecik bermain air paip,dari pagi sampai petang tak tutup,mereka tak tahu setiap kali air keluar tu adanya kira-kira,kerana meternya sentiasa menghitung dan bergerak setiap kali air digunakan.Dan natijahnya bil air tinggi..sama jugak tengok tv,guna mesin basuh,semua kemudahan dan kesenangan itu akan dikira dan dipertanggungjawabkan.

Andai kita nak hitung nikmat Allah beri kat kita semestinya tak kan terhitung,
Tapi pernah kita fikir, semua ni akan disoal dan dipertanggungjawabkan?
Ye,memang akan dihitung,hidup didunia ada kira-kira,lebih-lebih lagi diakhirat.

p/s : berfikir dan terus berfikir,setiap kejadian dan apa berlaku kat dunia ni ada hikmah disebaliknya,Wallahua'lam...

Saturday, October 9, 2010

~ Adam Haikal (1)


Bila berjalan kite mesti gune mate,kalau tak?eemmm....jawab sendiri.Tapi untuk kite melihat semua bende yang ade kat dunia ni tak memadai dengan mate,betapa lemahnya mate kite,nak tengok mikroorganisma perlukan mikroskop,nak tengok bulan gune teleskop,penting tu..nak tau bulan dalam Islam...puasa ramadhan..raye,dan banyak lagi.Mate,i ade 2 biji mate,alhamdulillah...tapi ade jugak yang ade 1,ade jugak yang buta zahiriah,ujian daripada Allah.Pernah kite terfikir bagaimana hidup tanpa melihat cahaya?pernah?gelap zulumat,bagaikan berada didasar laut diwaktu malam...dalam perut ikan(nabi yunus).

"yaa..ALLAH..ampunkan dosa-doasaku,samada yang baru mahupun yang terdahulu,aku lemah tanpaMU,yaa ALLAH...KAU tunjukilah aku jalan yang benar,jalan para nabi,rasul,aulia dan para solihin..hindarilah aku dari azab siksaMU...aku takut sangat...hanya padaMU tempatku mengadu..amin."seusai doa,adam haikal melipat sejadah dan terus ke katil membuka al-quran,air matenye masih basah dipipi.Begitulah seharian hidup adam haikal,anak mude lingkungan 20-an umurnye,alarm jam 4.30am ,die akan bangkit dari tidur, mandi bersihkan badan ,berwuduk dan solat sunat tahajjud,taubat,hajat dan witir.kehidupan sebagai seorang pelajar membuatkan die selalu sibuk dengan assignment,pembentangan dan aktiviti-aktiviti berpersatuan.

"Auzubillahiminasyaithonirrajim..bismillahirrahmanirrahim..sehingga akhir surah al-fatihah,kemudian dikuti surah al-mulk,al-jumaah,al-saff" ~setiap kali lepas solat mesti bace quran!!kalau malas sekalipun,satu pipi mesti!!~itulah salah satu kate2 semangat yang ditampal kat pintu loker biliknye.die terseyum...kerana dapat memenuhi kate2nye itu,alhamdulillah.Die mencari-cari nota yang disalin ketika dalam kuliah kelmarin,'aik.....kemane pergi nota ni...adusss..'monolognye sendiri,tangannye ligat membelek2 buku yang tersusun dalam loker,ketika asyik membelek buku terjemahan Al-Fiqh Al-Wadhih tibe-tibe...(bersambung)

p/s:Belajar menulis selepas pandai membaca ~~~

Friday, October 8, 2010

PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI





SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA (SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA KESALAHAN.

Imam Ibnu Athaillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang yang seperti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia. Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan. Oleh kerana itu orang arif tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t atau ‘memaksa’ Allah s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah s.w.t berada di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah terjadi Allah s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan dirinya, baik yang zahir mahu pun yang batin. Manusia yang kuat bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan mereka yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah akhirat. Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahawa amalannya menentukan apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Kepercayaan yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang pergantungan dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan semata-mata ataupun jika mereka bergantung kepada Allah s.w.t, pergantungan itu bercampur dengan keraguan. Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri apakah kuat atau lemah pergantungannya kepada Allah s.w.t. Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada hati apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. Firman-Nya:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )

Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t. Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya. Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka yakin bahawa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia.

Orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya.

Jika orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di kalangan sebahagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya menyerupai sifat orang kafir. Orang yang seperti ini melakukan amalan kerana kepentingan diri sendiri, bukan kerana Allah s.w.t. Orang ini mungkin mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia.Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit, kemiskinan dan sebagainya. Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya.

Sebahagian kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian orang yang bersandar kepada amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian. Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong.

Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan amalnya yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya seperti berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tertinggal melakukan sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia berasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaan mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasauf.

Jadi, ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkesanan amal dalam mendapatkan sesuatu. Golongan pertama kuat berpegang kepada amal zahir, iaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka tersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih diperingkat permulaan pula kuat bersandar kepada amalan batin seperti sembahyang dan berzikir. Jika mereka tertinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka untuk mendapatkan anugerah Allah s.w.t.

Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat. Ia termasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan keberkesanan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu.

Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:

Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.

“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as- Saaffaat )

Orang yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak kerana taufik dan hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( Ayat 40 : Surah an-Naml )

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 : Surah al-Insaan )

Segala-galanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah s.w.t. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.

Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.
Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya.

Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.

p/s: bersabarlah dalam mencari ilmu,teliti setiap apa yang dipelajari. SABAR KUNCI UNTUK MEMAHAMI ILMU.banyakkan membaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...