Baca yang ni dulu...

Wednesday, March 2, 2011

Bersederhana dalam pemakanan


1) Aisyah r.a berkata : Keluarga Muhammad saw.belum pernah kenyang dari roti tepung syair sampai dua hari berturut-turut,hingga mati.(Bukhari,Muslim)

Dalam riwayat lain :

Sejak pindah ke Madinah belum pernah Muhammad saw.kenyang dengan gandum sampai tiga hari berturut-turut hingga mati.

2) Aisyah r.a berkata kepada Urwah : Hai anak saudara perempuanku,kami keluarga Nabi adakalanya melihat bulan berganti tiga kali dalam dua bulan,sedang di rumah-rumah Rasulullah saw.tidak dinyalakan api.Urwah bertanya : Apakah makanan kamu?

Jawab Aisyah : Kurma dan air.Hanya saja adakalanya tetangga Rasulullah mengirimkan

hadiah susu ternak mereka.(Bukhari,Muslim)

3) Annu’man bin Basyir r.a.berkata : Saya telah melihat Nabimu saw.kelaparan dan tidak mendapat walaupun hanya kurma-kurma yang buruk untuk mengisi perutnya.(Muslim)

4) Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah r.a.berkata : Pernah saya terjatuh diantara mimbar Rasulullah saw.dan bilik Siti Aisyah r.a.maka orang datang kepadaku meletakkan kakinya diatas leherku disangka saya gila.Padahal bukan gila,hanya semata-mata kerana kelaparan.(Bukhari)

5) Fadholah bin Ubaid r.a berkata : Adakalanya jika Rasulullah saw.sedang solat,maka orang-orang dari Ahlusshuffah sampai terjatuh kerana kelaparan.Hingga dikatakan oleh orang-orang badwi yang tidak mengenal mereka berkata : Gila mereka itu.Dan bila telah selesai solat Rasulullah saw.segera mendekati mereka dan bersabda :Andaikan kamu mengetahui bagaimana kedudukanmu disisi Allah,nescaya kamu akan ingin bertambah kemiskinan dan kelaparan.(Attirmidzi)

6) Abu Kuraimah (Almiqdad) bin Ma’di Karib r.a.berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw.bersabda : Tiadalah mengisi penuh seorang anak Adam pada suatu wadah yang lebih bahaya daripada mengisi penuh perutnya sendiri.Cukup bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan punggungnya.Dan jika harus lebih dari itu,maka hendaknya dibagi tiga,sepertiga untuk makan,sepertiga untuk minum dan sepertiganya untuk nafas.(Attirmidzi)

Ini adalah sebahagian hadis yang menceritakan tentang bagaimana insan yang dimuliakan oleh ALLAH s.w.t tidak mengutamakan diri untuk mengisi perut dengan makanan.Hatta Rasulullah saw.sendiri,baginda saw.merupakan sebaik-baik makhluk dimuka bumi ini.

Baik,cuba kita renungi pada diri kita,bagaimana mungkin kita melebih-lebihkan pada makan, padahal Rasulullah saw. Tak sebegitu,malunya kita kepada Baginda saw.Bagaimana kita mengatakan kita sayang kepada Rasulullah saw.tapi lupa segala-galanya bila makanan terhidang dihadapan mata.

Pernah diceritakan padaku bagaimana seorang ulamak yang dijemput menghadiri untuk makan bersama menteri-menteri dan orang kenamaan disuatu majlis.Diatas meja berbagai-bagai lauk pauk yang dihidangkan : ayam bakar,kambing salai,ikan masak merah dan bermacam-macam lagi makanan yang lazat disediakan.Ketika mula untuk menjamah lauk pauk itulah dia mula menitiskan airmatanya, sehingga basah janggutnya,sebaknya membuatkan orang yang duduk bersamanya menjadi hairan,lantas dia menceritakan,dia teringatkan hadis menceritakan bagaimana perihal Rasulullah saw.semasa hayat baginda saw.tidak mengutamakan sangat atau melebih-lebih pada makan.

Begitulah seorang ulamak yang ikhlas mengasihi Baginda saw.setiap saat setiap detik,mudah-mudahan syafaat baginda saw.untuknya diakhirat kelak.Malukanlah diri kita,malukanlah untuk berlebih-lebih ketika makan mengatasi cara pemakanan Rasulullah saw.inilah bukti kita kasih kepada Baginda saw.tidak melebihi apa yang Baginda saw.buat semasa hayatnya.

Diantara kesan daripada banyak makan :

1) Hati menjadi keras.

2) Mengbangkitkan anggota badan melakukan perkara yang sia-sia dan kejahatan kerana desakan syahwat yang muncul daripada banyak makan.

3) Menumpulkan akal fikiran sehingga susah untuk memahami sesuatu perkara.

4) Menjadi malas melakukan ibadat kerana berat badan dan mengantuk.

5) Hilang kesedapan dalam melakukan ibadat.

6) Ditakuti jatuh kepada yang haram dan syubhah.

7) Mengurangkan pahala akhirat.

8) Terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...