Baca yang ni dulu...

Saturday, April 9, 2011

Pemikiran berbeza



Setiap bait kata yang diucapkan mestilah dari hati yang ikhlas.Hati yang luhur itu sukar, tapi sebenarnya mudah jika faham dan memahami hakikatnya.Oleh itu,perlunya kita faham kerelaan terhadap qada’ dan qadar Allah,ia merupakan nikmat yang besar disisi orang-orang yang beriman,kamu patut bergembira bila mendapat ujian.

Seringkali kita lihat anak-anak kecil bermain bersama-sama suka ria,adakalanya berembas(bergaduh) sesama mereka, sikap tak mahu mengalah ada pada mereka walaupun mereka dalam keadaan yang salah,menjelirkan lidah tanda protes dan marah pada teman sekurang-kurangnya dapat melegakan hati dan menenangkan emosi.Tapi,marah mereka tak lama, mereka pasti berbaik (kembali) dan bermain semula seperti biasa.Pernah tak kita fikir dan renung,bagaimana perasaan dan emosi itu tidak dapat dikawal oleh akal,lantaran menggunakan sejengkal pemikiran dalam memberi keputusan,kebiasaan keadaan ini berlaku kepada mereka yang dipanggil kanak-kanak.

Ayuh,kita kaji dan perhati keadaan disekeliling kita,pemikiran kanak-kanak ini berlaku dalam alam mereka yang dikatakan sudah matang akalnya(baligh).Umur sudah separuh abad tapi emosi dan pemikiran bagaikan anak-anak kecil yang diceritakan tadi.Semuanya jelas terbukti, kita dapat lihat sendiri dengan mata kepala,sesiapa sahaja yang dikuasai perasaan marah dan tidak mampu mengawal emosi,mereka ni lah yang dikatakan cetek pemikiran dan tumpul pemahaman.

Mereka yang tak mampu mengawal perasaan atau emosi,dikatakan LEMAH IMAN!sesiapa sahaja tak dapat lari dari musibah,ujian dan tekanan dalam kehidupan.Respon akibat daripada tekanan luaran dan dalaman ,pelbagai ragam manusia dapat dilihat muncul selari dengan pemahaman masing-masing.

Manusia itu sifatnya lemah,itu adalah hakikat sebenar kita sebagai hamba kepada DIA.Allah mempunyai segala-galanya kerana DIA pencipta semua yang ada dilangit dan dibumi,DIA menghidup dan mematikan makhlukNYA,DIA perancang setiap gerak langkah manusia.Kita lemah untuk mengelak dan menentang kudrat iradatNYA,sebab kita hanya makhluk ciptaanNYA.Disamping sifat lemah itu ,Allah mengajar kita berkenaan dengan sifat redha,redha dalam menghadapi keputusan daripadaNYA,tapi sifat redha mestilah didahului dengan usaha dan tawakkal.Bagaimana mereka mengatakan redha dengan ketentuan yang diberikan tapi, dalam hati masih bergelora memberontak,segala yang terpacul dari lisan mestilah bersumberkan dari hati sanubari(IKHLAS).

p/s : Sebelum buat sesuatu,fikir…. apakah kesan dan akibat ,dunia?akhirat?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...