Baca yang ni dulu...

Sunday, April 3, 2011

HATI







{يوم لا ينفعُ مالٌ ولا بنونَ إلا مَن أتى اللهَ بقلبٍ سليمٍ} [الشعراء: 88ـ -89 ].

Hari yang tak ada manfaat lagi harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera(suci bersih).

Ayat diatas menjelaskan kepada kita bahawa,disuatu hari nanti, hari yang tiada lagi hari selepasnya,penamat bagi hari-hari yang kita jalani, ia adalah hari pengakhiran bagi sebuah perjalanan manusia,hari dihancurnya bumi kediaman kita,hari tiada guna lagi kekayaan dan kemewahan yang dibangga-banggakan , kekuasaan pangkat dan darjat,anak-anak tidak berdaya lagi untuk menolong,melainkan sesiapa yang datang menghadap Allah ( RAJA bagi segala raja dimuka bumi,TUAN bagi semua tuan yang ada dibumi,PENCIPTA semua yang ada dilangit dan dibumi ) datang dalam keadaan hati suci bersih tanpa titik-titik dosa samada dosa besar mahupun doasa kecil.Ia boleh diibaratkan penyerahan sijil keputusan peperiksaan dalam ujian penilaian bagi subjek “hamba kepada Allah”.Subjek ini apa yang kita perlu faham ialah dua point yang paling utama dan yang paling penting : ( 1 )Berupa suruhan/perintah Allah.( 2 )Berupa larangan/tegahan Allah.Semuanya tercatat dalam buku yang dinamakan sebagai (1)Al-Quran (2)Hadis dan kita mestilah mengikut formula daripada (3 )ijmak,(4 )kias.

"ألا وإن في الجسد مُضغة إذا صلحتْ صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب" [رواه البخاري في كتاب الإيمان. ومسلم في كتاب المساقاة عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما].

Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging,apabila baik ia, baiklah seluruh jasadnya,dan apabila rosak ia,rosaklah seluruhnya,ketahuilah ia adalah hati.

"إن الله لا ينظرُ إلى أجسادكم ولا إلى صوركم، ولكن ينظرُ إلى قلوبكم" [أخرجه مسلم في صحيحه في كتاب البر والصلة عن أبي هريرة رضي الله عنه]

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada (anggota) tubuh badan kamu,dan tidak juga pada kecantikan luaran kamu,akan tetapi DIA melihat kepada hati kamu.

Dua hadis ini menerangkan kepada kita betapa pentingnya kedudukan HATI,kerana ia merupakan tempat penilaian Allah s.w.t.Hati ibarat raja/presiden yang memerintah negara jasad,betapa pentingnya sebuah negara itu diperintah oleh seorang raja yang baik akhlaknya,yang memiliki sifat-sifat mahmudah dan yang menghindari segala macam sifat mazmumah,memiliki keadilan kepada semua rakyat dibawah naungannya tanpa memilih status kedudukan mereka.Memiliki kefahaman yang mendalam berkenaan selok-belok pentadbiran dan tugasnya sebagai ketua negara.Disini secara ringkasnya kita boleh katakan,baiknya sebuah negara itu bergantung kepada pemerintahnya.


p/s : Baiki hati dengan banyak mempelajari ilmu-ilmu bermanafaat yang boleh memancarkan cahaya keseluruh alam.Ilmu itu cahaya,tanpa cahaya kita tak boleh hidup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...