Baca yang ni dulu...

Sunday, March 6, 2011

aduhai...~~



Abi….adik nak jadi anak yang solehah,abi doa-doakan boleh tak?,adik nak jadi seperti serikandi-serikandi Islam dahulu,seperti RabiuatulAdawiyyah,Zinnirah,sumayyah.Adik nak jadi contoh tauladan kepada semua orang.Abi,adik tengok sekarang ramai muslimah tak faham tentang aurat,ada yang pakai tudung, tapi seluar ketat,baju ketat,macam pakai baju adik dia,ustazah adik cakap,tutup aurat mestilah pakaian labuh menutup semua,kecuali tapak tangan dan muka,pastu kena longgar,tudung pulak kena labuh melebihi paras dada.Adik harap satu hari nanti adik boleh ajar mereka tentang tatasusila pemakaiaan mengikut Syariat. ^_^

Abi,adik pun nak jadi anak yang soleh jugak,boleh tak bi? ustaz cakap keredhaan Allah terletak pada keredhaan abi ngan ummi, jadi kalau-kalau adik pernah buat abi marah,maafkan adik ye bi.Adik takut tak sempat minta maaf,ustaz cakap kena selalu maafkan orang sebelum tidur.Pastu ustaz cakap, mati akan datang bila-bila masa saja,kita semua tak tahu bila saatnya.Adik takut sangat,ustaz cakap kalau buat perkara yang Allah tak suka,dalam kubur nanti duk sorang-sorang,gelap-gelita,kala jengking,ular datang sengat,patuk,bumi himpit badan hingga patah-patah tulang.Adik takut bila dengar,huhuhu..adik nak jadi anak soleh berbakti pada semua. Abi doakan adik ye. ^_^


p/s : Ummah bermula dari sebuah keluarga...

Wednesday, March 2, 2011

Bersederhana dalam pemakanan


1) Aisyah r.a berkata : Keluarga Muhammad saw.belum pernah kenyang dari roti tepung syair sampai dua hari berturut-turut,hingga mati.(Bukhari,Muslim)

Dalam riwayat lain :

Sejak pindah ke Madinah belum pernah Muhammad saw.kenyang dengan gandum sampai tiga hari berturut-turut hingga mati.

2) Aisyah r.a berkata kepada Urwah : Hai anak saudara perempuanku,kami keluarga Nabi adakalanya melihat bulan berganti tiga kali dalam dua bulan,sedang di rumah-rumah Rasulullah saw.tidak dinyalakan api.Urwah bertanya : Apakah makanan kamu?

Jawab Aisyah : Kurma dan air.Hanya saja adakalanya tetangga Rasulullah mengirimkan

hadiah susu ternak mereka.(Bukhari,Muslim)

3) Annu’man bin Basyir r.a.berkata : Saya telah melihat Nabimu saw.kelaparan dan tidak mendapat walaupun hanya kurma-kurma yang buruk untuk mengisi perutnya.(Muslim)

4) Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah r.a.berkata : Pernah saya terjatuh diantara mimbar Rasulullah saw.dan bilik Siti Aisyah r.a.maka orang datang kepadaku meletakkan kakinya diatas leherku disangka saya gila.Padahal bukan gila,hanya semata-mata kerana kelaparan.(Bukhari)

5) Fadholah bin Ubaid r.a berkata : Adakalanya jika Rasulullah saw.sedang solat,maka orang-orang dari Ahlusshuffah sampai terjatuh kerana kelaparan.Hingga dikatakan oleh orang-orang badwi yang tidak mengenal mereka berkata : Gila mereka itu.Dan bila telah selesai solat Rasulullah saw.segera mendekati mereka dan bersabda :Andaikan kamu mengetahui bagaimana kedudukanmu disisi Allah,nescaya kamu akan ingin bertambah kemiskinan dan kelaparan.(Attirmidzi)

6) Abu Kuraimah (Almiqdad) bin Ma’di Karib r.a.berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw.bersabda : Tiadalah mengisi penuh seorang anak Adam pada suatu wadah yang lebih bahaya daripada mengisi penuh perutnya sendiri.Cukup bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan punggungnya.Dan jika harus lebih dari itu,maka hendaknya dibagi tiga,sepertiga untuk makan,sepertiga untuk minum dan sepertiganya untuk nafas.(Attirmidzi)

Ini adalah sebahagian hadis yang menceritakan tentang bagaimana insan yang dimuliakan oleh ALLAH s.w.t tidak mengutamakan diri untuk mengisi perut dengan makanan.Hatta Rasulullah saw.sendiri,baginda saw.merupakan sebaik-baik makhluk dimuka bumi ini.

Baik,cuba kita renungi pada diri kita,bagaimana mungkin kita melebih-lebihkan pada makan, padahal Rasulullah saw. Tak sebegitu,malunya kita kepada Baginda saw.Bagaimana kita mengatakan kita sayang kepada Rasulullah saw.tapi lupa segala-galanya bila makanan terhidang dihadapan mata.

Pernah diceritakan padaku bagaimana seorang ulamak yang dijemput menghadiri untuk makan bersama menteri-menteri dan orang kenamaan disuatu majlis.Diatas meja berbagai-bagai lauk pauk yang dihidangkan : ayam bakar,kambing salai,ikan masak merah dan bermacam-macam lagi makanan yang lazat disediakan.Ketika mula untuk menjamah lauk pauk itulah dia mula menitiskan airmatanya, sehingga basah janggutnya,sebaknya membuatkan orang yang duduk bersamanya menjadi hairan,lantas dia menceritakan,dia teringatkan hadis menceritakan bagaimana perihal Rasulullah saw.semasa hayat baginda saw.tidak mengutamakan sangat atau melebih-lebih pada makan.

Begitulah seorang ulamak yang ikhlas mengasihi Baginda saw.setiap saat setiap detik,mudah-mudahan syafaat baginda saw.untuknya diakhirat kelak.Malukanlah diri kita,malukanlah untuk berlebih-lebih ketika makan mengatasi cara pemakanan Rasulullah saw.inilah bukti kita kasih kepada Baginda saw.tidak melebihi apa yang Baginda saw.buat semasa hayatnya.

Diantara kesan daripada banyak makan :

1) Hati menjadi keras.

2) Mengbangkitkan anggota badan melakukan perkara yang sia-sia dan kejahatan kerana desakan syahwat yang muncul daripada banyak makan.

3) Menumpulkan akal fikiran sehingga susah untuk memahami sesuatu perkara.

4) Menjadi malas melakukan ibadat kerana berat badan dan mengantuk.

5) Hilang kesedapan dalam melakukan ibadat.

6) Ditakuti jatuh kepada yang haram dan syubhah.

7) Mengurangkan pahala akhirat.

8) Terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.


Thursday, February 10, 2011


KEPASTIAN ITU

MENANTI SEBUAH KEPASTIAN,

KEPASTIAN YANG KIAN MENGHILANG,

DARI TUNDUK KUDONGAK,

MENGHARAP PENUH PENGHARAPAN,

LEMBARAN SEJARAH KUBUKAK KUAMATI,

KUSUT KEDUT KURATAKAN,

OKSIGEN YANG NYAMAN KUHIRUP TENANG,

KARBON DIOKSIDA YANG BERSARANG KUHEMBUS PERLAHAN,

CATITAN TARIKH KUNOTAKAN,

SEBAGAI PEDOMAN UNTUK RUJUKAN,

LANGIT KUPANDANG,

SARAT DENGAN KETAKJUBAN,

INILAH DIA CIPTAAN TUHAN ,

TUHAN PENJAGA SEKELIAN ALAM.


26/01/2011

10.15 AM


SAAT ITU….~~


Saat itu sungguh indah,

Air mata mengalir perlahan,

Sujud membuatkan hatiku kembali bercahaya,

Menghapuskan bintik-bintik hitam kelmarin.

Bertimpuh diatas sejadah usang,

Butiran tasbih kuratib dengan kalimah suci,

Memahami makna-maknanya dengan hati yang tunduk & ikhlas,

Hatiku bergetar mengharap pengampunanMU,

Sesekali angin dingin menghembus perlahan menyapa wajah,

Kedinginan air wuduk dimuka terasa menyerap kedalam liang roma ,

Saat itu aku terasa sangat kerdil dalam pemerhatianMU yang maha segalanya.

09/02/2011

9:47pm

Wednesday, February 2, 2011

Sedar hakikat hidup


Dunia sungguh kejam,

Dunia kehidupan tanpa garis sempadan,

Manusia tertipu tanpa menghiraukan syariatNYA,

Kehidupan ini bukanlah suatu kehidupan sebenar,

Ia merupakan pentas sementara untuk kesana,

Bukti telah nyata,

Datuk, nenek, saudara,rakan kita telah pergi buat selamanya,

Bukankah dulu mereka pernah makan bersama kita,tawa hilai,berkongsi cerita, Itukan bukti nyata kepada kita??

Sama-sama kita renung,

Kita bakal menyusul mereka,

Tak sedarkah?

Setiap yang awal pasti akan ada akhir,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian,

Hembusan terakhir itu kita tak tahu bila saatnya,

Kita menuju kepadanya,

Sudah jauh masa yang lalu kita tinggalkan,

Kita menuju destinasi sebenar,

Cuma tak diketahui masanya ,

Pangkat,darjat dan wang berguna??

Ye, diperlukan untuk hidup didunia,

Tapi,bukan itu matlamat sebenar,dunia ini sementara,

Sementara bagaikan mimpi,

Kita mungkin boleh jadi raja,

Kita mungkin ada kereta mewah ,rumah banglo,isteri yang cantik,

Pekerjaan yang dipandang tinggi disisi manusia,gaji yang lumayan,

Tapi,bagaimana jika semua itu Cuma dalam mimpi,

Mimpi tak selamanya…

Kita ada kehidupan sebenar!bukan wang,pangkat dan darjat lagi diperlukan,

Bukan semua tu,

Tapi TAQWA,

Pernah kita Tanya diri kita apa itu taqwa?

Jangan kerana dunia kita lupa akan akhirat,

Bersusah payah mencari harta sehingga lalai akan tanggungjawab sebagai hambaNYA.

p/s: Sesungguhnya pesanan dan peringatan amat berguna bagi mereka yang mahu berfikir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...