Baca yang ni dulu...

Saturday, September 17, 2011

masa cepat berlalu ~


Termenung ditangga…mata memandang pikiran jauh melayang…

Liuk lentuk daun kelapa ditiup angin…mengambarkan suasana kampung

Awan putih berarak perlahan dipayungi kebiruan langit….

Dihujung kampung, gunung terpasak kukuh menyimpan rahsia tiada siapa yang tahu...

Burung berpasangan terbang pulang,sambil memikirkan anak-anak disarang…

Senja sedang menginjak perlahan-lahan tanpa disedari..

Ditepi parit pak cik tua menyadat rumput yang menghijau tua,asap rokok daun dihembus bersahaja…

Basikal tua disandar pada pokok kerian…menanti setia..

Diufuk barat, matahari semakin tenggelam kemerahan…

Guni yang tembam dengan rumput diikat ketat dengan tiub motor..diletak atas ran basikal..

Pak cik tua tak berselipar, berlilit kain (lepas) dikepala bergerak mengayuh gagah melawan beban…

Aku tersenyum…..sendirian…

sebentar lagi hari ini akan bertukar esok,

Tarikh islam akan bertambah lagi sehari,

Daun pintu kututup perlahan menutup kelam senja..

Dan azan mula berkumandang …~~

p/s : ^_^

Sunday, April 24, 2011

Hamparan gersang


Dihamparan gersang kuberdiri memandang jauh penuh kesayuan…melihat debu-debu berputar berterbangan ditiup angin…deruan angin kedengaran tatkala menepuk dedaun kering dan ranting ….titis peluh didahi terasa sejuk pabila disapa sepoi bahasa…kudongak keatas memandang dengan mata hati.. langit yang tersangat luas membiru tenang…bagaikan sedang melihat semua hidupan yang ada dibumi…kudrat yang masih berbaki pada diri mengagahkan jasad untuk terus berdiri, itupun dengan bantuan sebatang kayu tua ditangan sebagai tongkat..bila direnungi dengan hati sanubari..betapa kita tiada daya,kita lemah tiada kuasa,perlunya diri kepada yang Maha Berkuasa… yang dapat memberi kita tenaga…kita tak mampu hidup tanpaNYA…Allahlah punca segala tenaga… yang mampu menukar kegersangan tanah yang merekah kering lantaran kemarau memanjang menjadi danau hijau…lopak-lopak terisi dengan air yang sejuk jernih…mengalirkan sumur menjadi anak sungai…menghidupkan unggas-unggas berterbangan ceria menghisap madu bunga…hamparan bumi berubah dengan kehadiran warna-warni tumbuhan yang tumbuh,bunga-bungaan kembang tersenyum…kicauan beburung tanda gembira… alangkah indah susunan fitrah…semuanya kerana ada satu kuasa yang mengatur kitaran kehidupan…bila kamu mencari untuk semua jawapan itu,pasti Allahlah jawapan bagi segalanya…

Bila kusedar akan putaran hidup ini,baru aku mengerti ,semuanya adalah kerana bantuan dan pertolongan dariNYA,mata hati akan melihat sesuatu yang mata zahir tak mampu lihat hatta menggunakan mikroskop sekalipun….lutut yang dipinjam olehNYA terasa lenguh setelah lama berdiri,namun manfaat dari berfikir dan merenung sedalam-dalamnya akan hebatnya kejadian dalam kehidupan, memberikan cahaya pada diri untuk meneruskan perjalanan yang masih belum tamat ini,kini aku lebih suka mencari jawapan bagi setiap persoalan dengan meneliti dan menghalusi setiap ciptaan Ilahi…

Ya Allah berikan aku kefahaman akan ilmuMU yang maha luas,

Dan berikan kesedaran pada diri akan kehebatanMU yang mengatasi segalanya,

Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...