Baca yang ni dulu...

Wednesday, February 2, 2011

Sunnah orang berjuang


Berjuang menempah susah

Menanggung derita menongkah fitnah

Itulah gelombang hidup samudera duka

Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana

Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah

Namun jiwa tetap mara menuju cita

Membara demi Allah dan RasulNya

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti...

Penat resah silih berganti

Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu

Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah berjuang

Ke jalan Allah

Berjuang memang pahit

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerana kebenaran

Antara dua jadi pilihan

Dunia yang fana atau syurga

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti

Penat resah silih berganti

Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu

Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerana kebenaran

Antara dua jadi pilihan

Dunia yang fana atau syurga.

Hijjaz : sunnah orang berjuang.

Album : Pelita Hidup 4

p/s : Nafsu merupakan musuh yang mesti kita perangi, sedar ke tak sedar,hakikatnya kita kena SEDAR!!mesti!!!ayuh kita sama2 berjihad menentangnya!!!

Friday, December 31, 2010

Nak tiru sifat bunga ah!

Bunga mekar mewangi,dipetik untuk perhiasan,dijadikan ubatan,indah dipandang,ibu-ibu suka tanam dihalaman,waduh...sifat bunga sungguh indah,nak tiru ah!tapi keindahannya tak kekal selamanya,kerana ia juga makhluk .Ape yang ada ,hakikatnya tiada, melainkan DIA yang maha Esa,jadi tak usah mendabik dada,bermegah suara,bermaharajalela macam dunia ini dia yang punya,bagaikan hidup selama-selamanya,tak sedar ke mati mengintai kita??jadi,sediakan bekalan taqwa untuk kesana.

(197)وتزودوا فإن خير الزاد التقوى: البقرة

(185) كل نفس ذائقة الموت : ال عمرن

Wednesday, December 22, 2010

Hati dan Akal Bicara Cinta


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba.

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1364-hati-dan-akal-bicara-cinta.html


Tuesday, November 2, 2010

Ibu ayah

Ayah,ayah pasti ingat,saat anakmu ini dilahirkan ke muka dunia ini,ayah membisikkan azan ditelinga,mengajarku erti kebesaran Pencipta ,itulah kalimah pertama yang kudengar setelah 9 bulan dialam rahim.Saat itu aku masih tidak mengerti apa-apa selain menangis mengharapkan perhatian ibu untuk disusui,fitrah Islam ada padaku,suci bersih tanpa titik-titik hitam.

Ibu,ibu pasti ingat saat ibu menyusuiku,anakmu ini pasti tenang dalam penjagaanmu,merasai kehangatan kasih sayang yang tak berbelah bagi.Aku ditatapi,dibelai manja,saat itu anakmu tak mengerti apa-apa,.

Bila sahaja mataku terbuka,ibu berusaha untuk membuatku senyum,riak diwajah ibu terpancar sinar kebahagiaan,limpah dengan perasaan kasih sayang,saat itu anakmu ini cuma pandai mengerlipkan mata.Badanku dibekung kemas oleh petugas hospital,apa yang berlaku disekitar kumasih tak mengerti apa-apa,ramai manusia datang menjenguk,semuanya senyum melihatku,tapi aku tak mengerti apa-apa.

Dirumah,ibu tak boleh bergerak bebas sebelum luka ibu sembuh.Ibu tak boleh makan,kecuali makanan yang dibenarkan sahaja.Saat itu aku cuma diam dalam bungkusan bekung kain,ramai manusia datang,semua ingin mengendongku,ibu senyum,senyuman ikhlas jelas terpancar.

Bila malam je atau awal-awal pagi aku pasti menangis,waktu tidur ayah dan ibu terganggu,kesian ayah dan ibu,aku ditidurkan dalam kelambu kecik,perisai daripada sang penghisap darah.Aku masih tak mengerti apa-apa saat itu,hanya mata kecilku yang melihat sejarah kasih sayang mereka “IBU dan AYAH ”.

وقضى ربك ألا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحسـانا إما يبلغن عندك الكبر أحدهما أو كلاهما فلا تقل لهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما * واخفض لهما جناح الذل من الرحمة وقل رب ارحمهما كما ربياني صغيرا *

Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah,kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.Jika seorang di antara keduanya telah tua atau kedua-duanya,janganlah kamu katakan “cis” kepada keduanya dan jangan kamu herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia(lemah lembut).*Dan rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada keduanya,kerana kasih sayang dan katakanlah : ya Tuhanku!kasihanilah keduanya,sebagaimana keduanya telah mengasuhku ketika aku masih kecil.

Surah Israak :ayat 23-24

p/s: Kasih sayang mereka takkan terbayar dengan wang permata,hargailah mereka selama mana mereka masih ada,curahkan bakti dan kasih sayang setulusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...